Pejabat Urusan Sherry Ibrahim Dipecah Masuk,Rugi RM35,000


Pelakon dan usahawan berjaya Syarizad binti Ibrahim atau lebih mesra disapa dengan nama Sherry Ibrahim ini dilahirkan pada 3 April 1983.

Beliau bukan sahaja seorang pelakon malah pernah menjadi seorang model dan pengacara juga pada suatu ketika dahulu.

Kini Sherry lebih memberikan tumpuan kepada perniagaan tudungnya jenama Sherry Scarves.Sebelum ini Sherry ada memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan seorang lelaki memandang tepat ke arah kamera litar tertutup CCTV di pejabat urusan milik pelakon ini.

Sherry mendakwa bahawa lelaki berkenaan telah mencuri 8 buah telefon bimbit milik syarikatnya dan 3 kotak tudung dari 21 kotak jenama tudungnya telah lesap.

Menurut pelakon jelita berusia 34 tahun ini,setiap satu kotak tersebut mengandungi 104 helai tudung Sherry Scarves.Hanya sebahagian kotak sahaja ditinggalkan namu semuanya dalam keadaan basah dan telah rosak.

Bagaimanapun,keseluruhan jumlah kerugian yang dialaminya adalah sebanyak RM35,000 dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bukit Puchong mengenai kes ini.


Dalam bulan yang mulia ini Sherry sentiasa tabah dan redha dengan ujian daripada Nya.Beliau juga menganggap ini adalah sebagai satu cabaran dalam mencari rezeki.

"Tidak mengapa,mungkin ini adalah dugaan buat Sherry dan team Sherry Scarves.

"Bukan semua orang sanggup bersusah payah untuk mencari rezeki yang halal.Mungkin itu adalah cara bagi segelintir daripada mereka untuk hidup lebih senang dan cepat.

Sherry juga menyatakan bahawa stok untuk Hari Raya pada tahun ini adalah mencukupi.Apa yang berlaku dianggapnya sebagai satu ujian bahawa Allah lebih sayang padanya.