Skip to main content

Peguam Najib Persoal Kenapa Shukri Abdull Guna Media Dedah Semua Perkara.


Peguam yang mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan bagaimana bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merancang untuk mendakwa Najib pada Julai atau Ogos 2015, tanpa merakamkan kenyataannya.

Satu sumber yang rapat dengan pasukan peguam Najib yang enggan dinamakan, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka juga mempersoalkan sama ada SPRM benar-benar telah menyelesaikan siasatan terhadap Najib sebelum memutuskan untuk mendakwanya.

Sumber itu menyebut laporan media bahawa Gani memberitahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 Mei lalu bahawa beliau merancang untuk mendakwa Najib pada tahun itu (2015) sebelum Gani disingkirkan dari jawatannya.

Di samping itu, kata peguam itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (foto, atas) pada sidang akhbar semalam juga berkata bahawa suruhanjaya anti-rasuah itu dan Gani juga merancang untuk memulakan prosiding terhadap Najib.

"Bagaimanapun, pada masa itu tiada kenyataan Najib yang telah dirakamkan oleh SPRM," kata sumber itu dan mempersoalkan bagaimana pihak pendakwaaan boleh merancang untuk mendakwa Najib tanpa mengambil kenyataan tertuduh.

Kenyataan Najib direkodkan oleh SPRM pada bulan Disember 2015 dan semalam bekas perdana menteri mendedahkan bahawa sesi dengan SPRM semalam adalah sambungan lebih terperinci berhubung soal-siasat yang dijalankan pada 2015.

Amalan lazim dalam kes-kes jenayah adalah kenyataan tertuduh dirakam sebelum orang itu didakwa, bagi membolehkan pihak pendakwa menentukan sama ada, ada kes atau sebaliknya.

Pada 16 Mei, Mahathir memberitahu pemberita bahawa Gani (foto, bawah) telah mendedahkan kepadanya bahawa dia bersiap sedia untuk mendakwa Najib sebelum dia dipecat sebagai peguam negara.

"Saya ingin tahu apa yang berlaku ketika dia (Gani) dipecat dan apakah hasil siasatannya.

"Dia mendakwa dia sedang bersiap untuk mendakwa Najib, dan pada pagi itu dia dilucutkan daripada jawatannya," kata Mahathir.

Gunakan media

Selain itu, anggota pasukan peguam Najib juga mempersoalkan sesi sidang media oleh Shukri semalam.

"Apa yang dia katakan adalah prejudis kepada anak guam saya dan dia tidak sepatutnya berkata demikian, sama ada ia benar atau sebaliknya, kerana kita tidak boleh menyoal-balasnya kerana perkara itu tidak dinyatakan dalam mahkamah. Dia menggunakan media.

"Semua ini didedahkan oleh Shukri ketika kenyataan anak guam saya sedang dirakam," katanya sambil menambah bahawa ia sangat tidak wajar dan prejudis.

"Shukri juga mengumumkan sidang media itu pada hari Isnin dan in menunjukkan dia mempunyai niat atau merancang untuk mengadakan (sesi) ini," tambah sumber itu.

Sekiranya Shukri, kata sumber itu mengatakan sesuatu yang umum, ia tidak mengapa. Tetapi dengan mendedahkan semua perkara itu, pada sidang media, maka integriti dan kesaksamaan siasatan SPRM dipersoalkan.

Peguam itu juga menegaskan kenyataan SPRM yang dikeluarkan pada 5 Ogos 2015 di mana ia menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menyiasat 1MDB tetapi ke atas SRC International.

Kenyataan itu seterusnya mendedahkan bahawa 1MDB sedang disiasat oleh pihak polis, jadi bagaimana Shukri sekarang mengatakan SPRM sedang menyiasat 1MDB.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...