Skip to main content

Netizen Kecam Safiey Illias Pergunakan Pelajar Tahfiz


Sebelum ini dirinya pernah dilanda pelbagai kontroversi panas.Usahawan berjaya Safiey Illias baru-baru ini telah dituduh mempergunakan pelajar-pelajar tahfiz selepas sebuah gambar telah dimuat naik di laman Instagramnya seperna menyambut hari lahirnya yang ke -25 tahun bersama pelajar-pelajar tahfiz.

Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana ini juga dilakukan bagi menyambut majlis berbuka puasa bersama dengan pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim.

Meskipun,dirinya di himpit dengan pelbagai gosip panas dari mula sehingga lah ke hari ini,dirinya masih kuat meneruskan perniagaannya.

Sebelum ini Safiey Illias pernah berubah namun lebih memilih untuk kembali kepada kehidupan normalnya sekali gus membuatkan dirinya terus mendapat cacian dan makian bertubi-tubi daripada netizen akibat daripada insiden itu.

Majlis tersebut diadakan di JW Marriott Hotel, KL bagi meraikan majlis berbuka puasa dan majlis menyambut hari lahirnya.Menerusi gambar yang telah dimuat naik oleh Safiey Illias berserta kepsyen panjang lebar,beliau menyatakan dirinya masih lagi mencari hidayah untuk pulang ke pangkal jalan.Apa yang termampun dilakukan buat masa ini adalah dengan cara tersediri agar kebaikannya diterima oleh Allah.

"Aku jahil . Aku tidak baik . Aku cuba mencari sedaya upaya hidayah yg hilang . Aku cuba buat kesemua apa yg yg aku buat 3-4 tahun dulu untuk dapat hidayah . Nilalah aku sebagaimana yg kamu suka . Aku ada cara aku dalam mencari hidayah aku . Bagi aku , tidak bermakna bila kita ni jahat dalam benda lain , jadi kita kena jadi jahat dalam semua benda,"

"Bagi aku buat orang lain gembira sudah cukup buat aku gembira . Aku tak boleh tengok mereka ni sebab aku sedih dan menangis . Doakan saya ya adik2 semua . Amin . Kalau tak jumpa saya di syurga nanti carilah saya di neraka,"

"Terima kasih kepada semua yg mendoakan saya dan wish befday saya . Terima kasih juga kepada semua yg sudi hadir dan sponsor mcm2 . Terima kasih sgt2 !!!!".

Namun di sebabkan majlis itu ada juga segelintir netizen telah menghantar DM kepadanya dengan mengatakan bahawa Safiey Illias mempergunakan pelajar-pelajar tahfiz untuk kepentingannya.

Walau bagaimanapun,gambar direct message yang dihantar oleh netizen tersebut telah membuatkan dia berasa terkilan dan sedih.

Tidak cukup dengan itu,Safiey juga turut mendapat pelbagai kecaman hebat dengan menyatakan supaya anak-anak tahfiz ini tidak mengikuti perangainya dan tidak kurang juga yang memperlekehkannya dengan menulis "tak segan ke bro dengan adik tu?.

Tidak semua netizen mengecamnya ada juga yang turut memberikan kata-kata semangat agar dia mendapat hidayah.Apa-apa pun diharap agar netizen sentisa mendokan agar beliau mendapat hidyah daripada Nya.Sumber- Safiey Illias.Editor-Sofia
 






Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...