Skip to main content

Netizen Kecam Johan Ashaari Gara-gara Tweet Sindir Tun M


Sebelum ini kecoh mengenai kes rampasan yang 284 kotak beg dan 72 bagasiyang dipercayai mengandungi sejumlah wang tunai di dalamnya serta pelbagai barangan lain turut di rampas semasa pihak polis mengeledah rumah bekas Perdana Menteri.

Penggeledahan itu dilakukan untuk membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang hangat diperkatakan.


Kini pelakon Johan Ashaari dikatakan telah memuat naik satu tweet di akaun Twitter peribadinya mengenai Tun Mahathir supaya rumah beliau juga turut di geledah pihak polis.

Rata-rata netizen menyatakan Johan hanya mahu mencari publisiti murahan sahaja dengan menulis tweet sebegitu di laman Twitternya.


Bertubi-tubi netizen menghentamnya di ruang komen dengan menggunakan hashtag #sindromartistaklaku.



Menurut Johan,dia bersimpati dengan keadaan yang menimpa diri DSN sekeluarga,disebabkan itu dirinya terbawa-bawa sehingga menulis tweet berkenaan.

Kenyataan Johan yang dipetik menerusi Sinar Harian menerangkan:-

"Johan kasihan dengan DSN dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak.
Pun begitu tidak bermaksud yang Johan tidak menghormati Tun Dr. Mahathir".

"Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta".

Johan juga ada memohon maaf mengenai isu ini kerana telah menguris hati ramai pihak.Editor-Sofia.Sumber-Sinar Harian.


Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut