Skip to main content

Najib Tertidur Di Sofa Ketika Polis Menggeledah Rumah.


Seorang sahabat yang rapat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan tindakan polis itu yang dilihat menggeledah rumah bekas perdana menteri itu sehari sebelum umat Islam berpuasa adalah tidak wajar.

Menurut Malaysiakini, semalam kehadiran polis dengan lebih 12 kereta dan sebuah lori Black Maria di rumah Datuk Seri Najib Razak menimbulkan kemarahan kepada sahabat yang rapat dengan bekas perdana menteri itu.

Sumber itu turut berkongsi gambar Najib yang kelihatan tertidur di sofa dengan masih memakai baju Melayu sama yang dipakai ketika berterawih semalam, sementara pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dikatakan menggeledah rumah bekas perdana menteri itu.

Menurut sumber itu lagi, sebagai bekas perdana menteri, Najib perlu dihormati dalam apa jua situasi.

"Ini sesuatu yang tidak wajar. Kenapa mereka (polis) tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) perlu bersiap untuk sahur," katanya.

Sumber itu juga mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung operasi polis itu yang dilakukan seminggu selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Nampak macam pembalasan dendam Mahathir sudah menang. Saya harap dia gembira di mana jua dia sedang tidur sekarang," tambahnya.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh Ishar Singh mengesahkan polis menjalankan 'pencarian' di kediaman Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Amar Singh bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Amar Singh juga dipetik sebagai berkata bahawa operasi serupa turut diadakan di lima lokasi lain, termasuk di Pavillion Residence di Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Operasi itu dipercayai mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.

Kira-kira pukul 10.30 malam, lebih 12 kereta polis dan sebuah lori Black Maria tiba di kawasan luar rumah Najib.

Susulan itu, timbul spekulasi mengatakan bekas pengerusi BN itu mungkin akan ditangkap.

Semalam, Dr mahathir berkata Najib mungkin akan didakwa dalam tempoh terdekat. Pengerusi HARAPAN itu juga menolak kemungkinan akan membuat tawaran dengan Najib.

Perdana menteri juga mendakwa bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu beliau rancangannya untuk mendakwa Najib setelah bekas presiden Umno itu tidak lagi berkuasa.

Abdul gani sebelum ini mengetuai unit khas yang terdiri daripada bekas ketua polis dan pengarah Bank Negara serta SPRM bagi menjalankan siasatan berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Najib, selain isu berhubung SRC International. Sumber: Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...