Skip to main content

Musa Aman Jemput SPRM Geledah Kediaman.


Pengerusi Barisan Nasional Sabah Tan Sri Musa Aman berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan agensi itu.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh peguam (Musa), Zahir Shah hari ini, Musa berkata beliau mengalu-alukan SPRM untuk menggeledah kediamannya.

Pada Rabu, media melaporkan bahawa pegawai SPRM membuat serbuan ke kediaman Musa tetapi gagal memasuki kediamamnya kerana tiada seorang pun berada di rumah.

Sebelum ini Tan Sri Musa Aman yang dikehendaki polis berhubung isu di negeri itu dilaporkan sudah meninggalkan negara ini.

Memetik laporan The Star Online, Musa berkemungkinan meninggalkan negara sebelum nama bekas Ketua Menteri Sabah itu disenaraihitamkan.

Beliau dilaporkan telah ke Brunei dan kemudiannya berlepas ke London.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada portal berita itu, mereka memohon nama Musa disenaraihitamkan beberapa hari lalu untuk menghalangnya ke luar negara.

“Bagaimanapun kami mendapati beliau sudah ke luar negara sebelum kami memohon namanya disenarai hitam,” katanya.

Rabu lalu, SPRM melancarkan serbuan ke kediaman Musa di Luyang tetapi tidak merampas apa-apa barang.

Isnin lalu, rumah presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga diperiksa dan beliau disoal oleh SPRM kerana disyaki menerima RM20 juta supaya menyebelahi Musa semasa PRU14 lalu.

Sehari selepas PRU14 pada 9 Mei lalu, Musa mengumumkan bahawa Star, yang memenangi dua kerusi Dun pada pilihan raya itu, telah mengisytiharkan sokongan kepada BN Sabah yang menang 29 kerusi, dan dengan itu membolehkan Musa membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 31 kerusi.

Pada malam 10 Mei, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah tetapi dalam tempoh 48 jam kemudian, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai ketua menteri selepas beberapa Adun BN menyertai Warisan dan parti-parti gabungan Pakatan Harapan, telah menang 29 kerusi.

Musa juga ketika ini sedang disiasat berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di mana beliau mendakwa Musa telah membuat satu ugutan jenayah ke atasnya.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...