Skip to main content

Lepas Kalah PRU14 Najib Bimbang Keselamatan Diri Dan Keluarganya.


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan ada meminta diletakkan di bawah skim perlindungan saksi sebagaimana dilaporkan media.

“Sebaliknya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuat laporan polis untuk memohon perlindungan bagi dirinya dan keluarga kerana bimbang akan keselamatan mereka selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14,” demikian kata jurucakap beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan dua perenggan itu merujuk laporan akhbar tempatan hari ini yang memetik satu laporan polis yang dibuat Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang semalam, yang mendakwa nyawa beliau dan keluarganya terancam.

Akhbar tempatan yang memetik laporan eksklusif Malay Mail itu menyatakan bekas perdana menteri itu memohon diletakkan di bawah program perlindungan saksi berhubung siasatan skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas perdana menteri itu meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, pagi ini dipercayai bagi menghadiri beberapa program rasmi di Pekan, Pahang.

Anggota Parlimen Pekan itu menaiki kereta Toyota Vellfire keluar pada 9.20 pagi dengan diiringi oleh kenderaan polis.

Setibanya di Pekan, Najib meninjau program bubur lambuk anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita dan Ibu Tunggal daerah di perkarangan kediamannya di Sri Kenangan.

Media tempatan melaporkan yang ketua Umno Bahagian Pekan itu dijadual merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan Umno Bahagian Pekan.

Pergerakan keluar Najib ke Pekan adalah yang pertama sejak beliau membatalkan rancangan untuk bercuti ke luar negara untuk berehat selepas pilihan raya umum pada 9 Mei, yang menyaksikan kerajaan BN pimpinannya tewas dan digantikan dengan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini, sejak Sabtu lalu.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...