"Kami Mohon Maaf Tapi Kami Tak Janji Untuk Stop Buat Video Immediately"-Faiz Roslan


Kecoh baru-baru ini di media sosial mengenai sebuah video parodi yang melibatkan tiga oarng remaja lelaki iaitu Faiz Roslan,Amy dan Zurlly memparodikan lagu Syantik di media sosial.

Video parodi tersebut dikatakan telah mendapat teguran daripada Dai' Wan sehinggakan ianya menjadi hangat di media sosial.

Walau bagaimanapun,ketiga-tiga mereka telah dijemput menjadi tetamu undangan ke sebuah rancangan temu bual untuk memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan kepada orang ramai.

Apa yang membuatkan netizen tidak puas hati adalah apabil video parodi itu dimuat naik pada hari pertama umat Islam berpuasa.


Selain itu,ada juga netizen memperkatakan bahawa mereka seolah-olah takut selepas kehadiran ustaz dan PU ke dalam rancangan itu kerana ketiga-tiganya hanya tunduk dan mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh mereka.

Walau bagaimanapun,Faiz telah pun memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai namun tidak berjanji untuk berhenti dari terus memparodikan mana-mana video tapi babak tersebut telah di potong dari rancangan berkenaan.Sumber: Faiz Roslan.Editor-Sofia