Skip to main content

Jangan Lepaskan Taib Mahmud


Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Sarawak Report amat sinonim dengan pendedahan berkaitan skandal 1MDB, yang menjadi kempen penting Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, tidak ramai tahu bahawa laman pembocor maklumat itu bermula pada 2010 sebagai blog yang memfokuskan pada isu-isu politik, alam sekitar, isu orang asal dan kepentingan perniagaan ketua menteri ketika itu Tun Taib Mahmud.

Pengarangnya Clare Rewcastle-Brown, yang lahir di Kuching pada tahun 1960 dan berpangkalan di London, sendiri menulis panjang berkaitan dakwaan kepentingan Taib dalam dan luar negara.

Beliau mendakwa Taib, kini yang dipertua negeri, memperkayakan dirinya sendiri.

Di balik banyak aduan, tiada tindakan terhadap Taib.

Kini, setelah BN hilang Putrajaya, Rewcastle-Brown percaya masanya telah tiba untuk pihak berkuasa meneliti semula aduan lama dan membuka pintu untuk aduan baru.

“Saya rasa sekarang ramai orang akan beratur (membuat aduan),” katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara pagi ini.

Pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memulakan siasatan semula terhadap skandal 1MDB.

Bagaimanapun, tiada janji sama dibuat terhadap Taib.

Malaysiakini pada 11 Mei lalu mendedahkan Mahathir telah bertemu Taib di Kuala Lumpur tidak lama selepas pilihan raya umum 9 Mei.

Sementara itu, walaupun banyak menulis tentang Taib, Rewcastle-Brown berkata sekarang ini tiada keperluan untuk terburu-buru kerana pentadbiran baru memerlukan masa untuk pembentukannya.

“Ia akan jadi bila peguam negara baru dan beberapa orang penting dilantik. “Saya fikir Mahathir harus tahu beliau tidak akan terlepas (dengan mengabaikan Taib). “Suara-suara telah berbunyi di Sarawak,” katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...