Hati-hati Menggunakan Mesin Pengering Tangan..


Anda mungkin berfikir bahawa menggunakan pengering tangan di tandas awam adalah kaedah pengeringan tangan yang lebih bersih daripada menggunakan tuala tangan.

Sebaliknya, menurut Independent, satu kajian baru-baru ini telah mendedahkan kebenaran yang amat memeranjatkan.

Hasil kajian mendapati pengering tangan sebenarnya boleh menyebabkan bakteria hasil dari buang manusnia akan lebih mudah dijangkiti dalam tubuh badan,

Penyelidik dari Universiti Connecticut baru-baru ini menjalankan kajian untuk mengetahui sejauh mana pengering tangan menyebabkan seseorang itu lebih mudah di jangkiti bakteria berbahaya apabila digunakan.

Pada umumnya semua pengguna tahu untuk menutup pintu bilik air sebelum menggunakanya.Tetapi sering kali juga mendapati tandas awam yang sudah dibersihkan dibiarkan terbuka.

Ia menyebabkan zarah-zarah mikroskopik kotoran manusia dan kemudian boleh dipindahkan ke udara.

Kemudian zarah-zarah ini disedut ke dalam pengering tangan sebelum dikeluarkan semula melalui pengering tangan automatik ini.

Dalam kajian yang dilakukan di Applied and Environmental Microbiology, pasukan dari University of Connecticut menilai pengering di bilik mandi lelaki dan wanita di tiga kawasan berasingan.

Para penyelidik menggunakan plat untuk mengumpul bakteria yang disebarkan dari pengering tangan dan hasilnya amat mengejutkan.

Plat terdedah kepada udara pengering tangan selama 30 saat telah mengumpul kira-kira 18 hingga 60 koloni bakteria.

Walaupun plat hanya diletakkan di dalam bilik mandi sahaja selama 20 minit,namun telah mengumpul purata 15 hingga 20 koloni bakteria di dalamnya.

Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa pengering tangan yang baik perlu dilengkapi dengan penapis HEPA (zarah udara kecekapan tinggi) supaya dapat mengurangkan jumlah bakteria yang dapat disebarkan oleh pengering tangan.

Walau bagaimanapun, plat masih mengumpul bakteria walaupun pengering dilengkapi dengan penapis HEPA.

Lebih menguatkan penyelidikan ini adalah bahawa pengering tangan akan sentiasa berpotensi menimbulkan risiko kesihatan.Editor-Sofia