Skip to main content

"Dia Try Puasa, Lima Jam Je Tahan,Kasihan Dia,"-Dr Amalina


Siapa sahaja yang tidak mengenali Dr. Amalina Bakri atau nama penuhnya Nur Amalina Che Bakri dilahirkan pada7 Disember 1987, Kota Bharu merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1.

Rata-rata diantara kita sudah pun sedia maklum bahawa doktor jelita ini sudah memiliki teman lelaki.

Dr Amalina ada menyatakan di dalam akuan Instagramnya dia sedang melatih teman lelakinya itu untuk berpuasa.

Walau bagaimanapun,kekasih hatinya itu hanya mampu berpuasa selama lima jam sahaja.

"Dia try puasa, lima jam je tahan. Kasihan dia," tulis Dr. Amalina dalam kapsyen Instagramnya.

Kini Dr Amalina berada di Sepanyol untuk meluangkan masa bersama teman lelakinya itu.

Untuk pengetahuan anda,di Sepanyol waktu siangnya adalah lebih panjang berbanding dengan Malaysia.Oleh itu,penduduk di sana yang beragama Islam perlu berpuasa antara 18 hingga 17 jam sehari sebelum menunggu waktu untuk berbuka.

Kebanyakkan netizen menyokong dan memuji dalam usaha Dr Amalina mendidik kekaasih hatinya untuk berpuasa meskipun hanya separuh hari.

Antara komen daripada netizen adalah "Good for you 5 hours, me only 2 hours! But my bae still cute for trying puasa,".

"Upah duit raya doktor. Cakap dia puasa penuh dapat seringgit sehari," saran @anina_taty.

Dr Amalina dikatakan sedang mengikuti latihan surgical di The Royal College of Surgeons di England.Beliau mula memperkenalkan teman lelakinya sejak awal Mei lalu.

Sehingga kini beliau masih tidak mendedahkan lagi identiti penuh teman lelakinya itu.Dr Amalina juga mengatakan bahawa dia bakal menyambut Hari Raya bersama ibunya di Paris, Perancis.Editor-Sofia


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...