Skip to main content

Padah Guna Alat Solek Murah, Anak Jadi Mangsa


AMERIKA SYARIKAT- Setiap ibu bapa pasti akan mengikut sahaja permintaan anak-anak. Biasanya anak-anak akan meminta perminan yang diminatinya daripada ayah kerana ayah sentiasa memenuhi segala kehendak mereka. 

Namun tidak semua permainan yang dijual diluar sana menepati ciri keselamatan bagi anak-anak anda. 

Seorang ibu telah menghiasi wajah anak kesayangan nya menggunakan make up murah.Namun peristiwa itu telah bertukar menjadi satu mimpi ngeri apabila wajah anak nya menjadi gatal serta naik ruam di bahagian muka.

Wajah comel ,Lydia telah dimuat naik oleh ibu nya Kylie Craven di laman Facebook bagi memberikan penjagaran kepada ibu bapa yang lain di luar sana bahawa tidak semua permainan selamat digunakan.

Lydia disolek oleh ibunya menggunakan set make up murah khas untuk kanak-kanak.Tujuan ibunya membelinya adalah untuk mengembirakannya dan Lydia sememangnya suka bersolek.

Peralatan make up yang terdapat didalam set make up itu adalah gincu, pemerah pipi, dan pengilat bibir. Setiap peralatan ini telah pun ditampal label "tidak memudaratkan" dan "tidak terkandung toksik berbahaya",oleh sebeb itu lah ibu Lydia membelinya memandangkan anak nya itu sangat suka bergaya.

Sebaik sahaja Lydia disolek oleh ibunya , muka Lydia dinaiki ruam merah,lecur serta wajah comelnya itu menjadi bengkak secara tiba-tiba. Bimbang dengan keadaan itu ibunya telah membawa Lydia ke hospital untuk dirawat,namun Lydia terpaksa ditahan dan perlu bermalam di Hospital.

Menurut laporan, anak kecil ini sukar untuk membuka mulut kerana terdapat rekahan pada bibirnya akibat daripada penngilat bibir murah yang dibeli oleh ibunya.

Keadaan Lydia telah beransur pulih dari semasa ke semasa. Peristiwa ini akan sentisa diingatinya sampai bila-bila.

Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran bagi kita semua. Jangan sebarangan membeli mainan untuk anak-anak tanpa membaca label yang terdapat pada mainan tersebut. Sebaiknya, beli mainan yang sudah mendapat kelulusan keselamatan.Editor :Bella







Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...