Misteri Bau Busuk Akhirnya Terbongkar


SABAH- Bau bangkai yang amat busuk yang sering diceritakan oleh penduduk kampung akhirnya terbongkar apabila salah seorang daripada penduduk kampung terjumpa mayat seorang lelaki warga emas. Mangsa dipercayai sudah empat hari terdampar di tebing sungai Padas ini.

Mangsa dikenali sebagai Yee Ket Fah, 66 telah dijumpai sekumpulan pekerja warga asing yang terhidu bau busuk dari jarak kira-kira 30 meter dariapda lokasi tempat tinggal mereka.Sejurus kejadian mereka telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak,Ketua Polis Daerah Beaufort berkata, seorang pekerja warga asing telah mendakwa bahawa dia telah menemui mayat dalam keadaan terbaring.

Sebaik sahaja meneria aduan, sepasukan anggota yang bertugas telah diarahkan untuk ke lokasi kejadian bagi mengenalpasti punca kejadian. Mayat telah ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian namun bahagian rusuk kanan mangsa berlubang manakala tangan kanannya hanya tinggal tulang sahaja ianya berpunca daripada dimakan oleh haiwan.

Apabila mayat tersebut diperiksa, pihaknya menemui lesen memandu milik mangsa. Siasatanb awal mendapati ianya tiada sebarang unsur jenayah.

Mayat warga emas itu kemudiannya telah dibawa ke hospital bagi dibedah siasat.Punca kematian mangsa masih lagi didalam siasatan. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.