Skip to main content

Mertua Buat Macam-Macam Supaya Kandungan Saya Gugur

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan zuriat sebagai tanda cinta yang telah dibina. Tiada pasangan yang tidak mahu mempunyai anak. Malah,ada yang kahwin bertahun-tahun namun masih tiada rezeki untuk menimang anak, ada yang baru sahaja berkahwin sudah bunting pelamin.Itu semua rezeki yang sudah diaturkan oleh Nya.

Kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha dan berdoa supaya zuriat yang bakal dikandung dalam keadaan sihat serta cukup sifatnya.



Namun satu kisah sedah telah menimpa seorang wanita mualaf ini.Cerita nya bermula dia merasakan seolah-olah kakak ipar nya tidak menyukai kehadirannya didalam keluaraga tersebut. Selain itu,mak mertua amat menyangi wanita mualaf ini dan disebabkan itu kakak iparnya sedikit cemburu dengan ke akraban mereka berdua.

Meskipun,kakak ipar wanita mualaf ini tidak menyukai kehadiran nya ,namun wanita tabah ini tetap melayan kakak iparkan dengan penuh rasa hormat termasuklah berbual.

Perkahwinan yang dibina pasangan ini sudah hampir 2 tahun.Baru-baru kakak iparnya seolah-olah mahu merapakkan lagi hubungan mereka dengan menyatakan bahawa dia sebenarnya tiada sebarang masalah dengan isteri adiknya itu.

Tambahnya lagi, dia dan suami terpaksa tinggal di rumah mertua buat sementara waktu memandangkan rumah mereka dalam proses dibaik pulih.Dia dan mertua sememangnya tiada sebarang masalah dan mak mertuanya selalu bercerita tentang kakak iparnya setiap hari dan dia hanya mendengarnya sahaja tanpa berkata apa.

Baru-baru ini wanita mualaf ini mendapat berita gembira apabila dia disahkan mengandung anak kedua.Anak pertamanya sudah setahun usianya.Tapi apa yang paling menyedihkan wanita ini,mak mertuanya seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mengandung.Kata mertuanya,anak pertama masih kecil namun wanita tabah ini percaya pada rezeki yang dikurniakan Allah.

Paling menyedihkan mak mertuanya menyuruh menantu mualafnya ini untuk menggugurkan kandungan tersebut termasuklah menyuruh dia untuk makan nenes. Ya Allah pilu hati ini. Setiap anak punya rezeki yang dikurniakan Allah. Apa dosa anak kecil ini sehingga mak mertua mahu dia untuk mengugurkan kandung.

Bermacam-macam cara mertuanya lakukan supaya dia keguguran termasuklah menyuruhnya menipu bahawa terjatuh tangga. Malah, mertuanya tidak membernarkan dia untuk memberitahu kepada suaminya tentang pekara ini. Meskipun hanya seorang mualaf, dia juga tahu bahawa membelakangi suami adalah satu dosa.

Disebabkan itu wanita ini tekad menceritakan segala-galanya kepada si suami.Sebaik sahaja dia menceritakan si suami tadi terdiam tanpa sepatah kata yang keluar daripada bibirnya.Dan disebabkan itu dia dan suaminya tidak bertegur sapa.

Namun,beberapa hari yang lepas wanita mualaf ini ada berjumpa dengan kakak iparnya dan berbual kosong.Dia telah dinasihakan supaya segera berpindah ke rumah sendiri sebelum perkara buruk menimpa dirinya.


Kata kakak iparnya, dia lebih kenal siapa ibunya yang sebenar.Tambahnya kakak iparnya lagi, ini bukan sebab cemburu. Kadang kala wanita ini berfikir sendiri mengapa kakak iparnya berkata begitu sedangkan itu mak kandungnya.

Memang dia ada mengalami sakit seperti sengguggut setiap hari sehinggakan berlaku pendarahan namun bila ke hospital doktor berkata anak yang berada didalam rahimnya baik-baik sahaja.

Paling mengejutkan dia, mak mertuanya memberikan ubat pencuci rahim supaya anak didalam kandungannya gugur dengan cepat.Sepanjang 2 tahun perkahwinan pelbagai masalah ditempuhinya bersama.Namun, sekarang dia buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk kebahagian keluarga.Editor: Bella

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...