Skip to main content

MasterChef Uk Dikecam Netizen Gara-gara Komen Masakan Ayam Rendang,Kini Tampil Beri Penjelasan


Baru-baru ini seorang juri daripada MasterChef Uk telah dikecam teruk oleh netizen kerana memberikan komen yang tidak masuk akal bahawa ayam rendang perlu dimasakan dengan lebih garing.

Kini,MasterChef ini tampil memberikan penjelasannya kepada para netizen mengenai komen tersebut.

Beliau telah memberikan penjelasan menerusi rancangan Good Morning Britain, masterChef yang dikenali sebagai Gregg Wallace menerangkan bahawa dia bukan bermaksud rendang ayam yang telah disediakan oleh peserta daripada Malaysia ,Zaleha Kadir Olpia tidak garing ,tetapi sebenarnya ayam rendang tersebut tidak masak sepenuhnya.

Namun didalam rancang tersebut,pengacara itu tetap mempersoalkan 'anda tetap menyebut perkataan 'garing' semasa melontarkan komen kepada peserta tersebut.

Selain itu, Wallace juga menerangkan jika Zaleha adalah peserta terbaik dia tidak akan disingkirkan jelas sekali menunjukkan bahawa peserta lain lebih hebat daripadanya,terangnya semasa ditemu ramah.

Walau bagaimanapun,bukan sahaja Wallace yang mendapat kecama hebat malah seorang lagi juri yang bernama John Toroden turut mendapat nasib yang sama selepas menyingkirkan perserta daripada Malaysia itu.

Kenyataan yang ditulis Torode pada laman Twitter mengenai masakan tersebut telah pun dipadamnya selepas dikritik hebat oleh netizen.

Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan bahawa masakan rendang adalah berasal dari negara Indonesia bukan daripada Malaysia. Editor: Bella


Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut