Skip to main content

Hampir Menjadi Mangsa Pak Belang,Lihat Apa Tindakkan Gadis Berani Ini Buat....


INDIA- Kebiasaannya kita mendengar kisah mengenai manusia pasti akan dibaham harimau jika pak belang ini bertembung dengan mangsanya.

Namun,tidak bagi gadis berani yang berasal daripada India ini. Dia telah dipuji oleh masyarakat setempat kerana berani melawan haiwan buas tersebut walaupun hanya menggunakan sebatang kayu.

Kisahnya bermula apabila gadis berani ini cuba menyelamatkan kambing peliharaan nya daripada menjadi mangsa pak belang.

Gadis ini dikenali sebagai Rupali Meshram yang berusia 23 tahun saat dia menceritakan kisah semasa dia berdepan dengan haiwan buas itu menggunakan sebatang kayu bagi menyelamatkan kambing tersebut telah mendapat pujian atas sikap berani nya itu.

Kambing yang dipelihara nya itu di letakkan di luar kawasan rumahnya di Nagpur.

Saat Rupali menceritakan kejadian yang mungkin akan meragutnya nyawanya itu, dia menyatakan bahawa dia mengambil sebatang kayu yang terdapat di atas tanah bagi menghalau harimau tersebut namun tindakkan pantas ibunya menarik Rupali ke dalam rumah telah menyelamatkan dia daripada di baham oleh harimau tersebut.
Malangnya,wajah Rupali terkena cakaran daripada harimau tersebut lalu dia dan ibunya berselfie sebagai tanda bukti.Disebabkan itu dia dan ibunya telah mengalami cedera ringan dan telah menerima rawatan di hospital berdekatan.

Kecederaan yang di alami oleh gadis berani ini pada bahagian kepala,tangan,kaki dan juga pinggangnya.Semasa dia dan ibynya dirawat doktor yang merawat mereka telah memuji Rupali atas keberaniannya melawan harimau terbabit.

Rupali juga bernasib baik kerana tidak menjadi mangsa,namun kambing peliharaannya itu tidak dapat diselamatkan.Editor: Bella




Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...