Fouziah Gous Kini Bergelar 'Datin'


Nor Fouziah Mohd Gous atau lebih dikenali sebagai Fouziah Gous.Beliau dilahirkan pada 11 Disember 1982. Pelakon jelita ini merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

Fouziah Gous mendapat pendidikan dalam Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic dan merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sememangnya nama beliau tidak asing lagi didalam industri tanah air di negara kita.Fouziah Gous mula berjinak-jinak sebagai model sebelum menerjuni dunia lakonan. Dia merupakan seorang pelakon yang aktif dalam bidang lakonan terutama drama dan filem . Antara drama yang telah dilakonan olehnya adalah Demi, Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Sutera Maya, dan 3 Hero Pencen Dalam Kain Ketat Isabela.

Perkembangan beliau juga jarang kita dengar memandangkan dia sudah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Zhafran Yusof.

Terbaru, menerusi Instastory milik Fouziah Gous, suaminya baru menerima anugerah atas pencapaian didalam bidang perniagaan.

Lebih mengembirakan pasangan sejoli ini suaminya kini telah bergelar Dato' Zhafran Yusof.Perkongsian kejayaan itu juga telah dikongsikan bersama peminat-peminat kesayangan nya.

Ternyata sebagai seorang isteri tentu sahaja beliau berasa gembira atas kejayaan suaminya itu. Justeru,kini Fouziah Gous telah bergelar seorang "Datin".

Namun beliau tidak seperti sesetengah artis yang meninggi diri setelah mendapat gelaran tersebut. Seperti yang kita sedia maklum pelakon jelita ini tidak pernah menunjuk-nunjuk dengan apa yang diperolehinya.Tahniah diucapkan kepada pasangan ini.Editor: Bella