Skip to main content

Wanita Kongsi Pengalaman Ngeri Yang Berlaku Ke Atas Dirinya


Kasih sayang seorang ibu sudah pasti berkekalan dan sehingga syurga.

Tiada seorang wanita yang bergelar wanita yang sanggup mencederakan anaknya sendiri apatah lagi membiarkan anaknya berlumuran darah.

Hayati kisah perkongsian yang dikongsi oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Nadila Mohamad mengenai suatu peristiwa pahit yang telah menimpa anak kesayangannya agar kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan buat sesiapa sahaja di luar sana.

“Jantung ni macam seolah-olah kena renjatan. Ini pertama kali darah lencun mengalir laju macam ni aku tengok dan aku pegang sendiri, habis tudung dan baju serta kedua belah tapak tangan aku dengan darah Deqna, iaitu anak perempuanku.

“Bila buka lampu tempat duduk belakang, terkejut apabila aku tengok darah yang terpercik dan besi tempat duduk belakang yang Deqna kena tu…masyaAllah tajam,” tulisnya dalam sebuah posting yang dimuat naik melalui sebuah laman sosial.

Oleh kerana cemas dan terkejut dengan keadaan tersebut, wanita terbabit segera membawa anaknya itu ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, doktor yang merawat si kecil terbabit mengesahkan bahawa kecederaan yang dialaminya itu adalah tidak serius.

Perkongsian wanita tersebut setakat ini telah dikongsi sebanyak 3,569 kali dan menerima lebih 2,000 komen daripada netizen.

Dalam pada itu, wanita terbabit yang gemar dipanggil dengan nama Nadila mengakui berasa terkilan dengan tindakannya membiarkan anak lelaki dan perempuannya bergurau serta bermain di dalam kereta.

Namun dia enggan menyalahkan serta menunding jari kepada sesiapa di mana dia mengambila pendekatan untuk mengakui ia adalah kesilapan dirinya sendiri.

“Lepas ni aku kena beringat… bahaya betul besi tempat duduk kereta ni. Aku bukan salahkan besi ni tapi kena lebih berhati-hati sebab anak-anak aku memang jenis ‘hyper’.

“Memang mereka tidak mahu duduk dalam ‘carseat’ dan seriusnya benda ini (besi) memang nampak mudah, hanya sekadar besi tempat duduk dalam kereta tetapi sebenarnya bahaya dalam tidak sedar,” ujarnya lagi sambil turut mengingatkan ibu bapa yang lain supaya melindungi bucu pada besi tersebut.

Besi yang dianggap berbahaya itu adalah besi laras tempat duduk kereta yang akan terdedah apabila tempat duduk terbabit ditolak ke bahagian belakang.

Bagaimanapun, wanita itu melalui posting terkininya turut memohon maaf kepada anak perempuannya itu dan mengakui bahawa dia sekarang masih trauma dengan insiden yang berlaku.

Dalam pada masa yang sama, Nadila turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas setiap komen yang diberikan kerana kekangan masa untuk menguruskan anak perempuannya yang amat memerlukan perhatiannya ketika itu. Sumber: E Berita, Editor: Maya

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...