Video Pelajar Sekolah Kantoi Curi Moto Dipukul Penduduk Kampung.


Satu video yang berdurasi 1 minit 4 saat menunjukkan satu situasi mencemaskan bagi seorang remaja lelaki apabila dia dipukul serta turut dibelasah oleh beberapa orang lelaki yang lain.

Perbuatan itu dipercayai berlaku apabila remaja terbabit yang memakai baju tshirt berwarna putih telah mencuri sebuah motosikal milik seorang penduduk di sebuah kampung.

Lokasi kejadian ini tidak diketahui namun difahamkan kejadian ini telah berlaku di sebuah perkampungan di Indonesia.

Suspek dipercayai masih merupakan pelajar sekolah dan suspek juga dikatakan telah melakukan perbuatan mencuri itu bersama rakannya.

Namun, rakannya itu sempat melarikan diri sebelum ditangkap oleh penduduk kampung berkenaan.

Turut kelihatan beberapa orang penduduk kampung memukul dan menendang pelajar terbabit sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka.

Pelajar terbabit bagaimanapun dilihat telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut diambil ke atas dirinya. Editor: Maya