Video Pelajar Sekolah Digilis Dan Diseret Sejauh 50 Meter


DUNGUN: Seorang remaja perempuan meninggal dunia di dalam satu kemalangan kerana telah digilis serta turut diseret oleh sebuah lori kira-kira 50 meter di Jalan Balai Besar-Alur Tempoyak, Dungun.

Mangsa yang dikenali sebagai Nur Syuiba Shafiee yang berumur 15 tahun itu merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, mangsa dikatakan sedang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 berseorangan dari rumahnya untuk menuju ke rumah neneknya yang terletak di Kampung Batu 48.

Namun, apabila dia tida di tempat kejadian. mangsa dipercayai hendak memasuki sebuah simpang sebelum sebuah lori yang penuh dengan muatan sagu keropok bertindak merempuh motosikal yang ditunggangnya.

Oleh kerana itu, mangsa dipercayai telah tercampak di atas jalan sebelum dia digilis dan diseret sejauh 50 meter daripada tempat kejadian.

Menurut laporan yang dibuat, pemandu lori berkenaan dikatakan bertindak melarikan diri kerana ketakutan.

Bagaimanapun, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat sebelum mayatnya itu diserahkan kepada keluarga mangsa. Sumber: E Berita, Editor: Iera