Video - Emma Maembong Dapat Kejutan Hari Lahir Dari Alvin Chong

Pelakon Emma Maembong menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 26 pada hari semalam. Emma sangat bertuah kerana menyambut ulangtahun kelahirannya dengan meriah dan dikelilingi orang yang menyayanginya.

Emma turut mendapat kejutan daripada teman baiknya Alvin Chong. Menerusi gambar dan sebuah video yang di muat naik oleh Alvin di Laman Instagramnya yang kelihatan begitu mesra dan "sweet" sebagai tanda ucapan selamat hari lahir.

Menerusi video dan gambar tersebut, Alvin menghadiahkan Emma barangan kemas berjenama Pandora. Alvin bersepakat untuk membuat kejutan itu bersama Aman Aziz dan Kael.

Kedua-dua aktress tersebut mendapat perhatian ramai sejak diganding dalam drama bersiri 'Awak Suka Saya Tak'. Keserasian watak yang dipegang Emma dan Alvin membuatkan peminat mahu mereka menjadi sepasang kekasih di dunia realiti. Sumber:Hangat.Com , Editor:Anna