Tiz Zaqyah Dikecam Berpeluk Dengan Roberto Carlos



Gara-gara memuat naik gambar dirinya sedang memeluk erat seorang bekas pemain bola sepak dari Brazil, Roberto Carlos, pelakon Tiz Zaqyah dikecam hebat oleh pengguna media sosial.

Rata-rata netizen menganggap Tiz Zaqyah tidak sepatutnya berbuat demikian kerana beliau adalah wanita Islam berpelukan dengan lelaki bukan muhrim tanpa segan silu.

Beberapa pengguna media sosial memeberi komen di bahagian ruangan komen akaun Instagram Tiz zaqyah.

“Perempuan murahan @tiz.zaqyah kesian mak bapa kau bakal suami kau pun kesian dapat bini macam kau…murahnya harga diri…buat malu je,” kata seorang pengguna akaun @nasrayn_nash.

“Sedapnya peluk-peluk,” kata pengguna akaun @wawannns98.

Tidak cukup dengan dengan itu netizen turut memberi kritikan di bahagian ruangan komen akaun Instagram Carlos.

“Apa perasaan anda peluk @tiz.zaqyah,” kata pemilik akaun @arifffirdausss.

Gambar tersebut dipercayai dirakam ketika bekas pemain bola sepak tersebut berkunjung ke Malaysia untuk menghadiri majlis pelantikannya sebagai duta global syarikat penerbangan Air Asia dua hari lalu.

Tiz Zaqyah memuat naik gambar berkenaan pada malam tadi, namun sudah menutup ruangan komen gambar tersebut.

Pengguna siber yang tidak berputus asa beralih ke ruangan komen gambar lain yang terdapat di akaun Instagram Tiz Zaqyah.

“Kenapa tidak buka komen kau muat naik gambar dengan si botak tu. Takut kena kecam ke hahaha,” kata pengguna akaun @Fayedaiman.

“Takut kena kecam ke kat gambar sebelah tu. hehe itulah selebriti Malaysia ni betul-betul hipokrit. Kalau lelaki Melayu peluk acah-acah tolak,” kata pengguna akaun @marzuqiburhanudin.

Walaupun terdapat banyak kritikan dan kecaman, ada juga peminat pelakon jelita tersebut memberi sokongan dan mendoakan agar dia berubah kearah kebaikan kerana setiap kesalahan pasti boleh diperbaiki.

“Setiap manusia ada kesilapan dan tidak sempurna kecuali para nabi dan rasul,” kata pengguna akaun @_norsalimi. Sumber:Malaysiakini , Editor:Anna