Skip to main content

Tanda-tanda Yang Menunjukkan Anda Perlu Membuat Pemeriksaan Mata


Mata merupakan organ yang paling penting bagi manusia untuk melihat apa yang bakal terjadi disekeliling mereka.Namun,ada juga sesetengah manusia yang dikurniakan Allah swt tanpa dapat melihat ,mereka hanya mampu mendengar sahaja.

Tahukah anda bahawa mata kita juga perlu diperiksa. Sekiranya mata kita mengalami rabun ianya dapat di kenal pasti daripada awal.

Namun ada juga yang tidak pernah peduli dengan kesihatan mata mereka. Rabun bukan sahaja akan terjadi kepada remaja,orang tua malah ini nya juga akan terjadi kepada kanak-kanak juga.

Mari kita baca penjagaan mata serta tanda-tanda yang mungkin menunjukkan bahawa anda mengalami rabun.

Pertama, penglihatan kabur.

Jika anda tidak dapat mengenal pasti wajah sahabat baik anda yang sedang berjalan dari jauh menuju ke arah meja anda dengan baik di sarankan supaya anda membuat pemeriksaan mata atau semasa anda membaca novel, namun pandangan mata anda  menjadi kabur untuk membaca tulisan yang ada didalam buku itu seegera lah berjumpa dengan pakar mata.






Anda akan berasa sukar untuk melihat benda -benda yang berada jauh daripada anda,barangkali anda mengalami rabun.

Kedua, sukar untuk melihat pada waktu malam.


Pada waktu malam penglihatan anda menjadi kabur sehingga menyukarkan anda untuk membawa kenderaan.Kebarang kalian anda mengalami tanda-tanda awal katarak dan segeralah berjumpa pakar mata.

Ketiga, mempunyai masalah untuk menyesuikan diri pada situasi dari gelap ke terang.

Pada waktu malam penglihatan anda menjadi kabur sehingga menyukarkan anda untuk membawa kenderaan.Kebarang kalian anda mengalami tanda-tanda awal katarak dan segeralah berjumpa pakar mata.

Jika anda memerlukan masa yang lebih lama bagi menyesuaikan diri dari melihat lampu terang akibat dari pantulan kereta di arah yang bertentangan ini bermakna mata anda perlu di periksa.

Keempat, sukar untuk melihat 'screen' komputer pada masa yg lama.


Mungkin anda mengalami ketegangan mata, sakit kepala atau penglihatan kabur setelah menghabiskan banyak masa di hadapan komputer.

Cuba anda duduk pada jarak yang berbeza dan lihat samada penglihatan anda semakin baik atau sebaliknya.

Kelima, mata terasa tegang atau letih.

Ianya selalu berlaku kerana anda terlalu lama melihat 'screen' komputer atau menonton tv. Sebab itulah mata anda menjadi letih serta tidak bermaya. 


Cuba anda mengambil sedikit masa untuk berehat untuk mengurangkan rasa tersebut.Jika berasa terlalu letih dan pandang sama seperti sebelum ini dinasihatkan anda berjumpa doktor.

Keenam, seing kali merasa sakit kepala.


Kadang kala mata anda terlalu fokus untuk merakamkan gambar yang dilihat, disebabkan itu otot mata anda terpaksa bekerja lebih keras. Disebabkan itu mata anda mengalami keteganggan yang boleh menyebabkan anda sakit kepala.

Ketujuh, peglihatan anda jadi berganda


Selain daripada mabuk, penglihatan boleh jadi berlapis-lapis boleh menimbulkan masalah serius kepada mata anda. Ianya menunjukkan masalah pada kornea mata atau pada otot mata.Katarak juga boleh terjadi jika anda lambat bertindak.

Kelapan, masalah kesihatan

Adakah anda menpunyai masalah diabetes atau mempunyai masalah kesihatan serius yang lain?Jika anda mempunyai keturunan yang mempunyai penyakit seperti diabetes .Anda seharusnya melakukan pemeriksaan dengan lebih kerap terutama sekali jika usia anda memaasuki 50-an.

Oleh itu, sayangi mata anda. Editor: Ila Hakimi

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...