Suami Ikat Dan Belasah Isteri Guna Tali Pinggang Gara-Gara Ikut Lelaki Lain



NEW DELHI - Menerusi video yang berdurasi selama 1 minit 14 saat seorang wanita sedang diikat dan dipukul menggunakan tali pinggang di hadapan khalayak ramai oleh suami sendiri.

Video tersebut tular di media sosial kerana dipercayai wanita tersebut cuba melarikan diri bersama lelaki lain yang merupakan kekasihnya.

Rakaman video berkenaan dirakam oleh salah seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu menggunakan telefon bimbit.

Orang ramai yang melihat kejadian itu turut mengejek mangsa dan menykong tindakan suaminya itu, malah dilaporkan wanita itu dicabul selepas itu sebagai hukuman tambahan.

Penduduk yang membantah hukuman terhadap mangsa turut dipukul dan diarah meninggalkan lokasi itu.

Berdasarkan laporan The Hindu, Superintendan Praveen Ranjan Singh berkata, wanita itu mengaku melarikan diri mengikuti kekasihnya yang juga jirannya pada 5 Mac lalu ke kampungnya sebelum ditemui suaminya dan diarahkan pulang.

Pada rabu lalu wanita itu berjaya ditemui suaminya di rumah ibu bapanya nya dan kejadian dalam video tersebut berlaku pada 10 Mac.

Selepas penyebaran video berkenaan suami terbabit dan anak lelaki mereka ditahan, menurut laporan Hindustan Times. Editor:Anna