Skip to main content

Punyai Tahi Lalat Yang Sama Sehingga Dikecam Netizen.


KUALA LUMPUR: Pelakon Zahiril Adzim nampaknya mulai mendapat kecaman gara-gara terpalit dengan kisah rumah tangga Ude kerana memiliki wajah serta tahi lalat yang seakan iras dengan Ude.

"Kalau diikutkan, saya malas mengulas benda remeh macam ini... Tapi nampaknya menjadi-jadi pula."

Zahiril mengakui bahawa dia memang berkawan dengan Ude dan Izreen Azminda namun dia menganggap bahawa adalah tidak wajar jika wajahnya dijadikan sebagai bahan jenaka buat para netizen.

"Sebenarnya, saya malas hendak mengulas perkara ini... Bukan apa, ia benda remeh. Namun, saya terpanggil untuk bersuara apabila sudah menjadi-jadi.”

"Kebetulan, saya dan Ude disamakan hanya kerana kami ada tahi lalat pada dagu. Saya kecewa dengan mentaliti segelintir netizen yang mempermainkan fizikal orang lain.”

"Malah, ada yang memarahi saya di sosial media tanpa sebab... Tak tahulah sama ada sekadar gurauan atau mereka benar-benar keliru," katanya lagi.

Terdahulu, Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, telah mencetuskan kontroversi apabila dia disahkan bercerai talak satu dengan Intan, 33, pada 22 Mac lalu.

Namun, kisah mengenai kehidupannya mulai menjadi panas apabila Izreen mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos lalu secara tertutup dan pernikahan itu dirahsiakan atas permintaan Ude.

Bagaimanapun, apabila kontroversi itu mula diperkatakan netizen, tidak semena-mena Zahiril turut terpalit sama disebabkan wajahnya yang dikatakan seiras Ude.

Menurut Zahiril, dia yang mengenali Ude adalah ketika mereka menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

"Saya juga berkawan dengan Izreen namun saya bersimpati dengan Intan. Namun, saya fikir, bukan hak kita untuk menghakimi mereka kerana kita tidak layak membenci sesama Islam," ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Zahiril juga turut menyatakan bahawa masyarakat perlulah memberi ruang kepada Ude, Izreen dan Intan serta tidak menggembar-gemburkan kontroversi yang berlaku.

"Kenapa kita terlalu mudah mencampuri urusan orang lain? Jika benar kita tidak menyukai perlakuannya, tidak perlu untuk kita membenci orang sesuka hati.

"Orang kata, kalau tidak suka sesuatu, lebih baik jangan lihat. Tetapi saya perlukan media sosial kerana bekerja dalam bidang seni. Sebenarnya, saya sudah lama tidak buka akaun Facebook, Twitter jarang-jarang digunakan dan hanya aktif di Instagram," katanya. Sumber: Berita Harian, Editor: Maya

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...