Pesakit Kanser Tahap Empat Ditemui Mati Atas Bumbung Hospital



Seorang lelaki yang menghidap kanser otak tahap empat telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak rabu lalu.

Bagaimanapun pesakit tersebut ditemui mati berlumuran darah di atas bumbung hospital bekenaan pada pagi tadi.

Mangsa yang berusia 46 tahun ditemui pada jam 9 pagi oleh pekerja hospital lalu dilaporkan kepada anggota yang bertugas di pondok hospital berkenaan.

Ketiadaan mangsa disedari oleh jururawat yang bertugas pada jam 4.30 dan mangsa gagal dikesan lalu pihak hospital membuat laporan di pondok hospital kira-kira 10 minit kemudian.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak. Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sumber:myMetro, Editor:Anna