Penunggang Motosikal Cedera Parah Ketika Berlumba Kerana Motosikalnya Hilang Kawalan


Seringkali kita melihat penunggang motosikal berlumba di jalan raya malah ada di antara mereka melakukan aksi bahaya. Mereka berbangga menunjukkan aksi-aksi tersebut kerana bagi mereka, ia adalah sesuatu yang membuat mereka kelihatan hebat namun sekiranya tersilap langkah ianya boleh membawa maut. Demikian adalah perkara yangh terjadi kepada seorang penunggang motosikal apabila mengalami cedera parah kerana motosikal yang dipandunya hilang kawalan.

Dua orang penunggang motosikal dipercayai telah berlumba sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka tercedera apabila motor yang ditunggangnya hilang kawalan lalu dia terjatuh daripada motor tersebut dan badannya terseret di atas jalan raya.

Rakannya dan beberapa orang awam yang melalui jalan itu berhentikan kenderaan mereka dan mendapatkan lelaki tersebut untuk memberi bantuan.

Lelaki itu mengalami cedera parah dan luka teruk di bahagian badannya dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Orang ramai di luar sana termasuk semua penunggang motosikal di nasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya dan tidak melakukan aksi bahaya kerana anda bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah membahayakan nyawa semua pengguna jalan raya. Editor:Anna