Pencuri Ditangkap, Dibelasah Dan Diikat Oleh Penduduk Kampung


SIBU - Seorang lelaki yang dipercayai mencuri harta benda orang awam tidak bernasib baik apabila berjaya diberkas ketika melakukan perbuatan tersebut.

Lelaki tersebut dipercayai telah mencuri tong gas dan mesin rumput milik salah seorang pendududk Kampung Jeriah kelmarin.

Tidak dapat dikenalpasti sama ada suspek adalah penduduk kampung berkenaan atau tidak.

Penduduk kampung yang dapat menangkap lelaki tersebut telah membelasahnya dan lebih memeritkan lagi suspek telah diikat pada satu tiang.

Orang awam yang menangkapnya telah pon menyerahkan suspek kepada polis untuk tindakan lanjut dan meneruskankan siasatan. Editor:Anna