Skip to main content

Misteri Kehilangan Pelajar Kolej Terjawab Apabila Ditemui Dalam Lokap


Baru-baru ini satu laporan dibuat mengenai kehilangan seorang pelajar kolej swasta yang tinggal di pangsapuri di Seksyen 16, Shah Alam, pada Khamis lalu dalam kejadian kira-kira jam 12 malam selepas keluar ke pasar malam bersama seorang rakan.

Misteri kehilangan itu terjawab apabila Mohammad Hafiz Ismail, 24 ditemui berada dalam tahanan polis untuk pemeriksaan dalam satu operasi di restoran di Bandar Baru Klang.

Ibu mangsa, Noorliah Kasubah, 48 berkata dia mendapat maklumat daripada rakan anaknya yang menemukan kereta Muhammad Hafiz berhampiran restoran di Bandar Baru Klang kira-kira 2 petang semalam.

Katanya, sebaik sahaja menerima maklumat berkenaan dia bergegas ke lokasi berkenaan namun anaknya tiada bersama kereta berkenaan.

Noorliah, kemudian pergi ke restoran yang berhampiran dengan kenderaan itu untuk melihat rakaman CCTV di kawasan tersebut sebelum melihat video rakaman yang memaparkan anaknya sedang makan di restoran terbabit bersama rakannya diserbu pihak berkuasa.

“Dia (Muhammad Hafiz) dan rakannya turut ditahan dalam operasi itu sebelum dibawa ke balai polis berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selepas melihat rakaman CCTV tersebut, Noorliah pergi ke balai polis berhampiran untuk mencari anaknya sebelum sebelum dimaklumkan anaknya berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara selepas serbuan berkenaan.

Selepas ujian saringan air kencing dilakukan kira-kira 7 malam semalam Muhammad Hafiz dibebaskan kerana didapati negatif.

Noorliah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi bantuan dan menyalurkan maklumat sepanjang tempoh kehilangan Muhammad Hafiz. Editor:Anna

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...