Skip to main content

Loceng Berusia 400 Tahun Zaman Penjajahan Belanda.



MELAKA: Seorang pengamal urutan tradisional mendakwa bahawa dia sekarang memiliki sebuah loceng tembaga yang dikatakan berusia beratus tahun di mana dia telah menyimpannya sejak sekian lama.

Loceng terbabit yang kelihatan berusia itu dikatakan berasal dari era penjajahan Belanda di mana ketika Belanda mendarat di Tanah Melayu dan didakwa bahawa loceng itu sudah berusia lebih 400 tahun.

Penyimpan koleksi barangan antik tersebut, Jeffri Zainon menyatakan bahawa loceng itu mempunyai berat sekitar dua kilogram di mana dia telah memperolehnya daripada seorang pesakita yang datang untuk mendapatkan rawatan sekitar setahun yang lalu.

Pesakit terbabit dikatakan telah memberikan loceng tersebut sebagai ganti kepada ‘pengeras’ atau upah selepas urutan kerana dia dikatakan tidak mempunyai sebarang wang pada ketika itu.

"Pada mulanya, saya agak keberatan untuk menerimanya, sebab niat saya tolong rawat dia bukan kerana wang dan lagi pun pandangan saya terhadapnya penuh belas kasihan disebabkan usianya yang dianggarkan lingkungan 90-an.”

"Namun setelah dipaksa, akhirnya saya bersetuju untuk mengambilnya sebagai hadiah dan menyatakan loceng ini pernah digunakan ketika zaman penjajahan Belanda dan sudah berusia lebih 400 tahun," katanya.

Jeffri yang merupakan bekas pesilat kebangsaan memberitahu bahawa dia mengambil loceng terbabit tanpa banyak bicara kerana menganggap bahawa loceng itu mempunyai seni dan nilai sejarah yang tersendiri dan sudah pastinya ianya sukar ditemui.

"Sebenarnya saya dah lakukan kerja-kerja mengurut orang sejak lebih 30 tahun lalu dan inilah kali pertama saya menerima hadiah seumpama itu daripada pesakit.”

"Saya anggap ia sebagai penghargaan buat saya kerana membantunya dan sejak hari itu, saya tidak pernah menemuinya lagi malah langsung tidak mengenali identitinya sehingga kini,” ujarnya lagi. Sumber: Sinar Harian, Editor: Maya
Kredit Foto Sinar Harian
Kredit Foto Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...