Lelaki Mengamuk Gara-Gara Tidak Dibenarkan Tunggang Motorsikal Ibunya


Seorang lelaki hampir mencederakan ibunya hanya kerana tidak dibenarkan menunggang motorsikal.

Lelaki itu tiba-tiba mengamuk dan memecahkan barang dalam rumahnya di Kampung Dagang, Batu Niah, Miri, 3.30 petang semalam.

Lelaki yang berusia 23 tahun itu juga merupakan seorang penganggur bertindak memecahkan televisyen dan mengugut untuk mencederakan ibunya sehingga wanita itu terpaksa melarikan diri.

Supek bertindak sedemikian kerana berang akan ibunya yang tidak membenarkannya menunggang motorsikal milik wanita tersebut. Suspek kemudian mengamuk dan bertindak di luar kawalan.

Ibu suspek, 41, bimbang akan keselamatannya melarikan diri ke rumah ibunya iaitu nenek suspek.

Menurut sumber, ini bukan kali pertama suspek bertindak seperti itu namun setiap kali ibunya tidak memenuhi kemahuannya.

"Tidak tahan dengan sikap anaknya itu, ibu suspek kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Niah berhubung kejadian itu," katanya.

Kes lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna