Skip to main content

Kerana Mabuk, Lelaki Langgar Lari Isteri Dan Anak Sendiri


BEIJING: Seorang lelaki didapati bersalah apabila dia dikatakan telah melanggar seorang wanita serta seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun, lelaki terbabit hanya mampu meraung dan meratap menyalahkan dirinya sendiri apabila mendapat tahu mangsa yang dilanggarnya itu adalah isteri dan anaknya sendiri.

Suspek yang dikenali sebagai Zhang dikatakan melarikan diri dari tempat kejadian selepas melanggar sebuah skuter elektrik yang dinaiki seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki di Zibo, Shandong.

Beberapa orang saksi yang menjumpai wanita itu dan anaknya yang kecederaan segera bertindak menghubungi ambulans dan polis.

Mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital, namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian manakala wanita itu dirawat di unit rawatan rapi.

Zhang yang mendapat tahu mengenai kejadian tersebut akhirnya telah berjaya ditahan pada malam yang sama lalu dibawa ke hospital bagi mengecam mangsa.

Dalam sebuah rakaman, Zhang dilihat meraung dan menangis teresak-esak apabila dia dibawa semula ke lokasi kejadian pada keesokan harinya.

Menurut Zhang, dia dan isteri serta anaknya itu dikatakan baru sahaja pulang daripada makan malam di rumah saudara mereka.

Namun, isteri dan anaknya dipercayai pulang terlebih dahulu sementara Zhang menyusul pulang dengan memandu van sendirian.

Hasil daripada laporan juga menyatakan bahawa lelaki tersebut memandu dalam keadaan mabuk. Sumber: metro.co.uk, Editor: Maya

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...