Skip to main content

Kanak-kanak Dua Tahun Meninggal Dunia Akibat Tergantung Di Tali Pengikat Langsir



Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tiga bulan maut akibat terjerut tali pengikat langsir ketika bermain seorang diri di bahagian ruang tamu kediamannya di Halaman Meru Impian, Meru Raya, Selasa.

Kejadian berlaku pada jam 2.15 petang ketika mangsa tinggal bersama ibu tirinya, sementara bapanya berusia 33 tahun sedang bekerja dan anak sulung berusia lima tahun berada di tadika.

Berdasarkan laporan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata sebelum kejadian berlaku, anak kecil tersebut meminta makanan pada ibu tirinya dan wanita itu memberi biskut kemudian meninggalkannya untuk memasak.

Bagaimanapun, wanita itu mula rasa tidak sedap hati apabila anaknya hanya senyap sahaja tanpa sebarang suara. Kemudian dia ke ruang tamu untuk melihat keadaan kanak-kanak tersebut sebelum mendapati anak itu berada dalam keadaan tergantung pada tali yang digunakan untuk menggantung langsir ke sisi tingkap.

Ketika diturunkan, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum ibu tirinya cuba menyelamatkan melalui bantuan pernafasan.

Denyutan nadi mangsa begitu lemah sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Mangsa disahkan meninggal di hospital berkenaan.

Hasil siasatan awal, mangsa didapati berkemungkinan berada di kawasan tangga yang terletak bersebelahan dengan pintu dapur sebelum bermain di tali pengikat langsir yang menutup ruang masuk ke dapur berkenaan.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 6.55 petang semalam mendapati, kematian mangsa akibat tergantung. Sumber:Astro Awani

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...