Gara-Gara Seekor Ular, Lelaki Ini Terjatuh Daripada Motosikalnya.


Seorang lelaki menghadapi detik-detik cemas apabila dia telah terjatuh daripada motosikal yang dinaikinya gara-gara seekor ular.

Ular tersebut dipercayai bersembunyi di sebalik pemegang motosikal dan oleh kerana terkejut apabila ular terbabit mula mengeluarkan kepalanya melalui pemegang terbabit, lelaki tersebut terjatuh daripada motosikalnya.

Kejadian itu dipercayai telah berlaku sekitar jam 8.00 malam tadi di satu kawasan yang tidak diketahui.

Akibat daripada kejadian tersebut, lelaki terbabit telah mengalami patah tulang bahu serta tulang pinggul dan dia segera di bawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Anggota bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut berjaya mengeluarkan ular yang berada di dalam pemegang motosikal terbabit. Editor: Iera