Gara-Gara Buang Sampah, Cermin Kereta Retak.


Kita pernah dikejutkan dengan berita tentang kematian seorang kanak-kanak yang terkena kerusi yang dibuang daripada tingkat atas flat kediamannya.

Namun, kes ini kelihatan agak sama tetapi situasi kali ini berbeza di mana kali ini ada golongan yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah daripada tingkat atas kediamannya dan sampah tersebut telah jatuh dan terkena cermin sebuah kereta yang kebetulan berada di kawasan kejadian.

Cermin kereta tersebut bagaimanapun kelihatan pecah akibat daripada sampah yang dibuang itu.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Presint 8, Putrajaya di mana gambar tersebut telah dikongsi melalui laman sosial Facebook milik Izara Nadia.

Perkara sebegini amat memeranjatkan dirinya di mana dia memberitahu bahawa kawasan sampah yang dibuang itu adalah kawasan surau di mana kemungkinan besar ramai kanak-kanak akan lalu lalang di kawasan terbabit.

Tetapi, kejadian ini tidak menyebabkan kecederaan kepada sesiapa dan oleh kerana itu dia meminta agar orang yang tidak bertanggungjawab itu berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak serta turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas perkara ini. Sumber: Iera