Skip to main content

Fakta Menarik Disebalik Senyuman Anda


Senyuman adalah salah satu perbuatan yang digalakkan kerana dengan senyuman ianya mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Ini kerana senyuman yang manis mungkin dapat menyejukkan hati yang tengah marah dan bermacam lagi perkara yang mampu diubati dengan senyuman yang menawan.

Terdapat banyak fakta yang menarik mengenai senyuman yang sudah pasti ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya.

Yang pertama, menurut para saintis mereka mendapati bahawa senyum mahupun ketawa nerupakan salah satu senaman yang berbentuk jogging dalaman di mana ia dapat membantu untuk merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


Di samping itu, para pengkaji dan pakar dari negara barat percaya bahawa jika seseorang memulakan harinya dengan senyuman, dia bukan sahaja berupaya untuk menceriakan hidup tetapi dapat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.

Ini kerana apabila kita tersenyum, badan kita juga akan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira serta satu kajian juga menunjukkan bahawa senyuman dapat memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Apabila senyum juga, darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Justeru itu, apabila kita menghasilkan senyuman kita akan menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Selain itu, senyuman juga bukan sekadar reaksi untuk menggerakan muka, tetapi ianya juga turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.




Satu kajian juga telah membuktikan jika seorang individu ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam, dia akan mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.

Perkara ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Tambahan pula, anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak adalah golongan yang lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak yang berumur di antara empat hingga enam tahun pula akan ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.

Justeru, tidak hairanlah jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California, pihaknya telah menjelaskan bahawa terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.

Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik kerana stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Dalam kajian di atas juga, terdapat dua kumpulan orang dewasa yang telah digunakan sebagai bahan uji kaji. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita berbentuk lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.

Sampel darah kemudiannya diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Daripada keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .



Apabila kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Difahamkan, dengan senyuman juga ianya mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

Banyak kajian yang telah terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Dalam pada masa yang sama, senyuman yang diakhiri dengan ketawa boleh bertindak untuk mengaktifkan bahan kimia di dalam badan dan secara tidak langsung dapat merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

Melalui satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Perubatan Universiti Marylanda ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Ketawa mahupun senyuman adalah antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa dapat 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar di samping dapat melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus dapat membantu meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan daan ada juga yang percaya bahawa ketawa sebenarnya boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Selain dapat memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, Islam sendiri juga mengatakan bahawa senyum itu adalah satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.

Senyum juga tidak memerlukan modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Ada pepatah pujangga yang menyebut 'Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya.'

Jadikanlah amalan senyum ini sebagai tabiat yang patut diamalkan kerana ianya nampak manis apabila dipandang. Editor: Ira

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...