Empat Gambar Ketulan Ais Di Puncak Gunung Kinabalu


Pada 8 January lalu berlakunya pembentukan ketulan ais di Puncak gunung kinabalu dan perkara itu sekali lagi dikesan terjadi pada awal pagi semalam.

Kira-kira jam 6.30 pagi, keadaan air di malim gunung, Jomius Binte bertukar menjadi ketulan ais kerana cuaca terlalu sejuk dan suhu mencapai -1 dan -2 darjah Celcius.

Menurut Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, ketulan ais itu kemungkinan terbentuk sejak malam kelmarin dan ianya bukanlah selalu terjadi di puncak Gunung Kinabalu.

Ketulan ais itu dijangka akan berlarutan sehingga 2 atau 3 hari selagi takungan air tidak kering.

Kata Junaydie, kemungkinan ada faktor lain yang menyebabkan ketulan ais tersebut namun beliau tidak pasti betul atau tidak.

Suhu di puncak Gunung Kinabalu ketika ini mencecah empat hingga lima darjah Celcius dan ianya masih sejuk. Editor:Anna