Skip to main content

Bapa Kenakan Bayaran RM 4,000 Untuk Perkhidmatan Seks Anak Perempuannya.


TEXAS: Seorang bapa tergamak mengiklankan anak perempuannya sendiri di sebuah laman seks semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.

Iklan mengenai kanak-kanak malang yang berusia empat tahun itu dikatakan telah muncul di laman Craigslist iaitu sebuah laman seks khusus buat orang dewasa.

Namun, perbuatan bapa tersebut akhirnya terbongkar apabila dia mendapat seorang pelanggan yang bekerja sebagai polis di mana pelanggan tersebut dikatakan telah menyamar untuk melanggan anaknya.

Difahamkan, bapa kepada kanak-kanak terbabit bakal dijatuhkan hukuman penjara selama 60 tahun kerana dia didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Suspek, Andrew James Turley dari Wisconsin Amerika Syarikat telah didapati bersalah oleh mahkamah Texas kerana telah melakukan kesalahan pemerdagangan kanak-kanak dan cubaan melacurkan anak di bawah umur.

Turley dikatakan telah memuatnaik iklan yang memaparkan kenyataan ‘Play with Daddie's Little Girl’ di mana iklan itu dikatakan telah menjadi viral di laman seks tersebut.

Dalam pada itu, setiap pelanggan yang ingin melanggan kanak-kanak terbabit akan diberikan ubat tidur dan dikenakan caj sebanyak AS$1,000 untuk khidmat selama dua jam.

Namun niat jahatnya terbongkar apabila salah seorang daripada pelanggannya adalah anggota polis yang sedang menyamar di mana ketika diserbu, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak bergerak dan berbogel di dalam selimut.

Ibu kepada kanak-kanak itu yang dimaklumkan mengenai kejadian terbabit memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui mengenai perbuatan yang dilakukan oleh suaminya itu. Sumber: Astro Awani, Editor: Maya

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...