Skip to main content

Ajal Tiba Ketika Dalam Perjalanan Pergi Kenduri Kahwin Bekas Kekasih


Ajal dan maut adalah sesuatu yang diluar jangkaan manusia kerana semuanya telah diaturkan oleh Allah. Kita hanya boleh merancang namun semuanya Allah yang mentuka siapakah jodoh kita dan bila ajal kita akan tiba.

Baru baru ini tular di media sosial seorang lelaki meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya yang bernikah dengan lelaki lain.

Kejadian berlaku pada Ahad kelmarin di jalan Pancing Medan melibatkan mangsa yang bernama Hasbi Assidik, 26.

Lebih memilukan, sebuah kotak yang berisi Al-Quran turut ditemui di lokasi kejadian bersama sehelai nota yang tertulis ” Terima kasih telah mengenalkanku kepada islam”Sungguh pun engkau bukan jodohku,aku ikhlas dengan nama Allah dan aku berdoa untuk kebahagiaanmu”.

Menurut sumber yang dikenali sebagai Syuhada yang merupakan sahabat kepada Hasbi, lelaki itu adalah seorang Muallaf berketurunan Tiong Hua yang baru sahaja memeluk Islam sejam 3 bulan lalu.

“Dia adalah rakan saya sejak sekolah lagi,dan baru masuk islam 3 bulan lalu,saya mengenali dia sudah lama dan dia ada beritahu saya bahawa dia telah meminang Sarah (kekasih) sebagai isterinya.

“Tapi kedua orang tua Sarah tidak memberikan restu dan mereka terpaksa berpisah kerana jodoh tidak ada”katanya.

Tambah Syuhada lagi, Hasbi dan Sarah sudah lama berkawan dan Hasbi mulai menunjukkan minat terhadap Islam sejak 2016.

Sarah banyak mengajarkan tentang Islam kepada Hasbi termasuk cara solat dan membaca Al-quran.

Berdasarkan siasatan kemalangan berlaku berpunca daripada pemandu lori yang hilang kawalan akibat mengejar lampu merah di jalan pancing medan kira kira jam 8:30 pagi.

Akibat dari rempuhan lori tersebut, motorsikal yang ditunggang mangsa melambung ke atas sebelum kepalanya dahulu jatuh ke bawah.

Hasbi mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut ahli keluarga Hasbi, dia sudah melarang supaya tidak pergi ke majlis perkahwinan tersebut namun Hasbi berkeras kerana dia sudah berjanji dengan bekas kekasihnya yang bernama Sarah.

Bagaimanapun, jenazah Hasbi di kebumikan mengikut cara Islam pada waktu petang kejadian tersebut dan Sarah dimaklumkan kejadian itu selepas sehari majlis perkahwinannya selesai. Sumber:Eberita , Editor:Anna

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...