Skip to main content

Adik Neelofa Mohon Maaf Di Atas Isu Perlekehkan Samsung


Nama Ameera Khan, iaitu adik kepada pelakon dan pegacara Neelofa tidak asing lagi dalam dunia hiburan kerana dia sering sahaja terpalit dengan kontroversi sehingga menimbulkan kemarahan sesetengah netizen.

Bermula daripada isu yang hangat di mana dia pernah mengkritik sekolah kerana sehingga terbaharu dia telah mengecam sebuah jenama telefon bimbit, Samsung melalui sebuah video yang dimuat naik di laman Youtube miliknya.

Video tersebut ternyata telah menimbulkan kemarahan netizen kerana beranggapan bahawa Ameera ini terlalu belagak dan turut sombong.

Menyedari dirinya sering menjadi buah mulut masyarakat, Ameera bagaimanapun tampil memohon maaf dan menyedari kesilapannnya kerana telah mengkritik jenama Samsung apabila dia ditanya sama ada mahu memilih Iphone atau Samsung.

Permohonan maaf itu dibuat melalui Inst Story miliknya di mana dia menyatakan bahawa dia sedar ramai yang tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh dirinya itu.

Dalam pada masa yang sama, Ameera juga turut menjelaskan bahawa semasa mengeluarkan kenyataan tersebut dia tidak berfikir terlebih dahulu dan tidak sedar apa yang keluar daripada mulutnya itu ketika itu kerana terlalu selesa ketika berada di hadapan kamera.

Selain itu, Ameera juga turut menegaskan bahawa dia langsung tidak mempunyai niat utntuk menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap isu yang sensitif itu.

Walaupun kita tidak suka dengan sesuatu jenama, janganlah tunjuk sangat rasa itu dan harapnya Ameera akan lebih berhati-hati ketika menjawab soalan ataupun berkata-kata selepas ini. Sumber: Beautifulnara, Editor: Maya

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...