Tak dapat kita bayangkan kerisauan yang dihadapi oleh seorang anak apabila ibu yang disayangi hilang tanpa di kesan, hal ini terjadi kepada seorang wanita yang sedang mencari ibunya yang sudah tua.
Seorang pengguna Facebook yang bernama Siti Hartini Mazlan meminta bantuan orang ramai untuk mencari ibunya yang hilang sejak 1 Februari yang lalu.
Menurut anak mangsa ibunya yang bernama Hjh Saripah bt Hj Hassan itu sudah hilang keupayaan untuk mengingat dan keluar dari rumah dalam keadaan yang tidak berbekalkan duit serta pengenalan diri.
Kali terakhir mangsa dilihat di sekitar Machap Baru Air Pasir, Jalan Selandar.
Sekiranya ada pihak yang dapat mengesan mangsa, sila laporkan ke balai polis berdekatan atau hubungi waris mangsa di talian 0193873559(Mazlan) / 0173719025(hanita) / 0183748820(hawa).
Sumber:Facebook Siti Hartini Mazlan , Editor:Anna