Video- Dessert Ala "Shellout" Dato' Fazley Yaakob Di Kecam


Dato' Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob atau Fazley dilahirkan pada 18 April 1978.Belaiu adalah seorang penyanyi dan pelakon dan telah melanjutkan pelajaran nya di Victoria University of Wellington, New Zealand, Australia dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Fazley juga merupakan pakar motivasi dan Eksekutif Chef kepada SukaSucre Bistro dan Rayz Bistro yang terletak di Singapura. Masih ingatkah anda lagu paling popular ciptaan komposer Ajai yang berjudul Asmara Ini? Itu adalah lagu yang telah dinyanyikan oleh Dato' Fazley.

Selain itu, Fazley pernah pernah menjuarai rancangan MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012.Beliau juga telah mendapatkan pelajaran dalam jurusan kulinari dan lulus graduan dari Le Cordon Bleu (Malyasia dan Paris).

Restoran SukaSucre Bistro di Kuala Lumpur adalah milik Dato' Fazley. Restoran ini telah menyajikan makanan Asian hingga Fusion yang bertemakan "From Rembau To Paris".

Kecoh di laman Twitter baru-baru ini Dato' Fazley Yaakob di katankan seolah-oleh menghina industri kulinari dengan membuat pencuci mulut yang bertemakan gaya "Shellout"?Bunyi macam menarik bukan? Menarik atau tidak mari kita saksikan bakat terpendam dari Dato' Fazley mempersembahkan dessert ala "Shellout"nya.



Jadi apa pandangan anda tentang cara penyediaan makanan yang telah disajikan oleh Fazley?Tepuk dada tanya selera ya. Tidak kurang juga yang menghentam teruk Fazley tentang cara beliau mempersembahkan makanan.

Antara nya seorang chef yang bernama Chef Jen.Menurutnya apa yang telah dilakukan oleh Fazley seolah-olah satu penghinaan bagi "Culinary World".

"Serius lah? Dah lah Dr palsu, jadi chef pun segera, lepastu hina dessert dengan buat gaya shellout dengan piping skill macam budak 10 tahun. Warna pun main hambur saja. Eh penghinaan untuk culinary world. Please don't simply do this shit hanya sebab awak pemenang Master Chef Celebrity,"tulis nya di laman Twitter.

Bukan hanya Chef Jen sahaja yang memberikan komen tidak puas hati dengan cara Fazley Yaakob menyediakan makanan malah, ada juga beberapa orang yang bukan dari bidang kulinari turut memberikan pandangan mereka.

"I am not a chef or anything,but in customer point of view, this one is really do looks mess on a table.(Sorry just being honest here). I prefer a little decorated,elegent on a plate kind of dessert.tq"tulis Mr-5.

Kebanyakan daripada pengguna laman Twitter turut menghentam Dato' Fazley Yaakob. .Jika diperhatikan di dalam video tersebut ,kelihatan Fazley hanya mencampakkan sahaja pencuci mulut itu di atas meja. Anda sendiri nilaikan ya.










Menerusi laman Twitter miliknya iaitu @FazleyYaakob beliau menyatakan seronok membaca komen-komen para "haters" dan "supporters".Tak perlu gaduh-gaduh nak rasa makanan saya jemput datang,tak suka "block" je saya.ok,"tulisnya.Sumber: Twitter @Jendulism.Editor:Ila