Tidak Cukup Tidur Punca Gemuk??


Kegemukan atau obesiti bukan lagi perkara yang asing dalam kalangan rakyat malaysia. Walaupun sudah beberapa cara yang dilakukan dan berhabisan wang untuk menurunkan berat badan masih ada yang belum mencapai berat badan yang diidamkan.

Selain mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam, manusia juga haruslah mendapatkan rehat dan tidur yang cukup supaya kita dapat tenaga untuk menjalankan kehidupan seharian dengan lancar.

Sekiranya kita tidak dapat rehat yang cukup emosi dan selera kita tidak dapat dikawal dengan baik dan menyebabkan selera makan meningkat selain mengganggu kadar metabolisme serta mengubah tindak balas badan terhadap insulin, hormon yang yang dikaitkan dengan keupayaan badan menyimpan lemak.

Menurut kajian, kekurangan tidur boleh menghalang badan dari menghasilkan kuantiti hormon yang mencukupi dan seterusnya memberi tekanan terhadap selera makan.

Badan yang letih akibat kekurangan tidur juga boleh menyebabkan manusia malas bersenam seterusnya makan dengan lebih kerap termasuk kerana banyak masa terluang.

Terdapat beberapa tips untuk kita mendapatkan tidur yang baik tanpa gangguan seperti padamkan lampu. Tidur dalam cahaya lampu yang cerah akan menggangu tidur dan membuat tidur tidak lena kerana pantulan cahaya yang terkena pada mata.

Tips yang kedua adalah kawal stress kerana fikiran yang terganggu juga membuatkan kita susah untuk tidur kerana otak juga perlukan rehat.

Sebelum tidur ambillah snek yang sihat seperti buah-buahan atau susu kerana perut yang terisi membantu untuk kita mendapatkan tidur yang nyenyak.

Pastikan katil atau tempat tidur kita berada dalam keadaan yang selesa supaya kita dapat tidur selesa tanpa terganggu serta bersenam lebih awal supaya badan kita letih pada waktu malam dan kita dapat tidur yang lena dan nyenyak.

Kurangkan minuman caffeine atau berhenti mengambil minuman caffein sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum tidur.

Seterusnya, tenangkan diri dan fikiran serta lupakan segala masalah atau kerja yang anda perlu hadapi untuk dapatkan tidur yang tenang tanpa gangguan.

Tidurlah mengikut jadual yang betul kerana sekiranya anda tidur secara berlebihan juga akan membuatkan anda susah untuk tidur pada waktu malam.

Langkah yang terakhir adalah sekiranya anda berasa letih, tidurlah supaya tubuh badan anda dapat mengembalikan tenaga.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua. Editor:Anna