Skip to main content

Tangan Tersekat Di Dalam Lubang Tandas Gara-Gara Iphone 8


CHINA: Seorang lelaki telah menjadi tajuk utama di laman berita tempatan selepas tangannya tersekat di dalam lubang tandas ketika cuba mengambil Iphone miliknya yang terjatuh di Liuzhou, Wilayah Guanxi, China.

Sebelum kejadian, mangsa yang hanya dikenali sebagai Tang dikatakan telah minum bersama beberapa rakannya di sebuah kafe hotel tempatan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika dia terpaksa pergi ke tandas dan apabila dia sedang memeriksa telefonnya sambil melepaskan hajat di tandas, secara tidak sengaja dia telah menjatuhkan Iphone 8 miliknya yang baru dibeli beberapa hari yang lalu.

Tang juga dipercayai telah membayar kira-kira 8,000 yuan atau RM5,033 untuk membeli telefon bimbit itu dan dia tidak sanggup membiarkan ianya hilang begitu sahaja.

Akibat daripada perkara itu, dia terpaksa menyeluk masuk tangannya ke dalam lubang tandas terbabit namun tindakannya itu langsung tidak membuahkan hasil.

Namun, tanpa dia sedari, tangannya itu mulai tersekat hingga ke paras bahu apabila dia ingin mengeluarkan tangannya daripada mangkuk tandas itu. 

Oleh kerana dia terlalu malu untuk meminta bantuan, Tang telah menghabiskan masa selama 20 minit untuk menarik keluar tangannya tetapi anggota badannya itu mulai membengkak akibat tekanan dan tidak lama kemudian mula menyedari bahawa tangannya akan terus tersekat jika tiada bantuan yang tiba.

Seorang tukang cuci yang menyedari mengenai kejadian terbabit bertindak menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan selepas melihat Tang berbaring di mangkuk tandas terbabit.

Menurut laporan daripada Lznews, anggota bomba terpaksa memecahkan tandas itu untuk mengeluarkan tangan Tang namun tangan kanannya itu bengkak dan bercalar.

Walaupun lengannya itu selamat, namun dia tetap bersedih kerana dia tidak dapat menyelamatkan telefon Iphone 8 miliknya.

Bagaimanapun, Tang berkemungkinan dapat membeli telefon yang baru melalui wang pampasan yang diperolehnya daripada hotel yang didudukinya itu.

Berdasarkan laporan Global Times, Tang dikatakan telah membuat rundingan dengan pihak hotel untuk mendapatkan wang pampasan sebaik sahaja kejadian itu berlaku. Sumber: Mstar, Editor: Ila.



Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut