Sifat Lelaki Yang Tersembunyi Berdasarkan Bulan Kelahiran.


Setiap manusia tidak kira lelaki mahupun wanita sudah pasti mempunyai sifat yang tersembunyi dalam diri masing-masing.

Bagaimanapun, sifat tersebut pasti akan menonjol apabila seseorang itu bertindak menunjuk sifat yang tersimpan itu secara umum.

Sifat-sifat yang disenaraikan di bawah adalah bagi kaum lelaki di mana sifat itu ditonjolkan berdasarkan bulan kelahiran masing-masing.

Mari kita semak senarai fakta yang menarik di bawah.

Berikut merupakan sifat lelaki yang lahir pada bulan Januari di mana lelaki yang lahir pada bulan ini akan mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang tetapi dalam pada masa yang sama dia akan mudah untuk melupakan seseorang jika cintanya itu dikhianati. 


Sebenarnya, lelaki yang lahir pada bulan ini juga termasuk dalam kalangan lelaki yang bersifat romantik namun dia sangat sukar untuk mengungkapkan perasaannya itu.

Lelaki yang lahir pada bulan Januari ini juga akan mudah bersifat cemburu di mana perasaan cemburunya itu akan mudah membawa kepada kehancuran dalam perhubungannya. 



Image result for lelaki mudah jatuh cinta

Bagi lelaki yang lahir pada bulan Februari, kebanyakan lelaki akan mempunyai sifat yang lebih abstrak dan bersifat cerdas.

Di samping itu, perasaannya juga suka berubah-ubah di mana kadang-kadang dia akan merasa rendah diri, pemalu dan juga bersifat sederhana namun dia juga akan menjadi terlalu sensitive dan mudah untuk sakit hati apabila sesuatu yang buruk berlaku kepadanya.

Keberaniannya juga akan menjadi semakin tinggi yang mana ia akan membawa kepada sifat keras kepala dan kadang-kadang dia juga tidak akan pernah menyukai perkara-perkara yang dianggapnya sebagai tidak penting.

Namun, apa yang menariknya adalah lelaki pada bulan Februari sangat mempunyai tekad yang kuat di mana dia akan berusaha sehabis mungkin untuk mengejar cita-citanya itu sehingga berjaya. 



Image result for LELAKI CERDAS

Bagi lelaki yang lahir pada bulan Mac pula, dia akan mempunyai aura kasih yang pasti akan menarik sesiapa sahaja untuk menyukainya tetapi sifatnya akan menjadi pemalu, mudah untuk cemburu dan sangatlah bergantung hidup kepada pasangannya sendiri.

Dalam pada masa yang sama, hatinya itu akan dipenuhi sifat keegooan yang tinggi di mana jika hatinya mudah disakiti dia akan susah melupakan perkara tersebut dan akan mengelakkan dirinya daripada ditipu lagi.

Mengenai soal percintaanya pula, lelaki pada bulan Mac ini akan lebih memilih untuk memendam rasa hati daripad menerima penolakan dalam hubungan percintaan tetapi jika ditakdirkan dia untuk jatuh cinta dia akan menjadi lelaki yang paling setia kepada pasangan hidupnya itu. 


Image result for EGO LELAKI

Ternyata sifat lelaki yang lahir pada bulan April pula lebih kurang sama dengan lelaki yang lahir pada bulan Mac di mana dia juga sukar untuk membuka pintu hatinya kepada seseorang jika dia telah disakiti.

Soal percintaanya juga turut sama di mana dia akan lebih memilih untuk memendam perasaanya dah jiwa itu sangat kurang untuk bersifat romantik tetapi dia sangatlah setia kepada pasangan hidupnya. 



Image result for LELAKI SETIA

Sifat menarik bagi lelaki yang lahir pada bulan Mei pula adalah dia sangat menghargai kejujuran melebihi apa pun yang berlaku.

Selain itu, dia juga akan mudah untuk jatuh cinta apatah lagi jika pasangannya itu benar-benar memahami dirinya. 


Bagi bulan Jun pula, kebanyakan mereka akan bersikap angkuh dan seleranya juga turut tinggi di mana dia akan lebih gemar memilih barangan yang mahal dan berkualiti tinggi berbanding dengan barangan yang biasa.

Emosinya juga tidak terkawal di mana dia akan menjadi mudah marah serta perasaan juga akan mudah berubah-ubah tetapi lelaki yang lahir pada bulan Jun ini akan mudah dipengaruhi dengan kebaikan hati dan memiliki banyak buah fikiran tetapi ragu-ragu untuk melontarkan buah fikirannya itu. 



Related image

Untuk lelaki yang lahir pada bulan Julai pula, kebanyakan daripad mereka akan lebih senang untuk didampingi dan mempunyai gaya bicaranya yang berterus terang.

Hati lelakinya akan mudah terluka dan akan mengambil masa yang sangat lama untuk pulih serta mudah untuk bersifat cemburu terhadap pasangannya.

Tetapi apa yang paling menarik adalah lelaki yang lahir pada bulan ini sebenarnya merupakan seorang pendengar yang setia di mana dia akan selalu bersama pasangannya untuk mendengar cerita-cerita yang ingin disampaikan oleh pasangannya itu.

Lelaki yang lahir pada bulan Ogos pula selalunya akan lebih menonjol perwatakan dirinya yang sebenar dan suka memimpin.

Jiwanya juga akan sentiasa penuh dengan kasih dan sentiasa menjadi seorang yang penyayang serta bersifat romantik jika bersama pasangannya.

Image result for LELAKI BERSIFAT ROMANTIK

Dalam pada masa yang sama dia juga sangat mudah melayani perempuan, perasaanya itu sangat halus di mana dia akan mudah berasa sensitif saat sesuatu perkara berlaku padanya namun khabarnya dia juga turut mempunyai sifat yang akan terbuka.

Lelaki yang lahir pada bualan September pula kebanyakannya pandai memujuk pasangan mereka ketika hubungan mereka mengalami masalah.

Sikapnya akan menjadi tenang dan pendiam tetapi dia sangat pandai berbicara. Dia juga jarang untuk menunjukkan emosinya, dan lebih cenderung menyembunyikan perasaanya.

Selain itu, dia juga turut memiliki daya ingatan yang sangat kuat di mana dia tidak akan mudah lupakan sesuatu perkara yang berlaku walaupun perkara itu dianggap sebagai perkara yang remeh. 



Image result for LELAKI DAN DAYA INGATAN YG KUAT

Dia juga sangat memilih di mana dia akan tidak bertindak sebarangan ketika memilih pasangan dan juga sangat gemar mengkritik. Lelaki bulan ini juga cenderung ke arah olahraga dan sentiasa mengisi masanya dengan bersantai.

Bagi bulan Oktober pula selalunya lelaki ini akan mudah berkomunikasi di mana tutur katanya itu halus dan tidak suka berbelit-belit.

Dia juga tidak pandai untuk berbohong dan berpura-pura dalam perhubungannya. Di samping itu dia juga sangat mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain di mana dia akan cepat dalam perkara membuat keputusan serta berbakat menjadi peramal yang hebat kerana perasaanya itu sangatlah kuat.

Bulan yang berikutnya adalah November di mana kebanyakan lelaki pada bulan ini akan cenderung mempunyai pemikiran yang jauh ke hadapan, unik, cerdas serta sentiasa memiliki idea yang sangat luar biasa.

Pemikirannya juga tajam serta selalu ambil tahu mengenai sesuatu perkara. Pendirian dirinya sangat kuat dan mudah menjadi pendendam jika hatinya itu terluka. Seterusnya, dia juga sangat jarang untuk marah kecuali jika dia terpaksa.

Lelaki pada bulan ini cenderung memiliki cinta yang teramat dalam, sentiasa bersifat sabar dalam segala perkara, tubuhnya itu selalu kuat sentiasa sentiasa bersemangat menghadapi apa jua rintangan yang berlaku. 



Image result for lelaki penyabar

Bagi bulan yang terakhir iaitu bulan Disember, kebanyakan lelaki pada bulan ini akan bersifat setia dan sentiasa murah hatI, bersikap kurang sabar serta mudah terburu-buru dalam segala perkara yang berlaku.

Lelaki ini akan mudah untuk jatuh cinta serta sentiasa tergesa-gesa dalam perhubungannya. Dia juga turut memiliki nilai keagungan yang tinggi pada pasangannya, mudah marah serta tidak suka bergurau.

Pada dasarnya, dia memiliki perasaan yang sangat bagus, mempunyai keperibadian yang sangat menyenangkan hati, suka bersosial dan tidak suka berada dalam situasi yang akan membuatkan dirinya terseksa. 



Image result for lelaki MUDAH MARAH

Berdasarkan fakta di atas, anda bolehlah menyemaknya berdasarkan bulan kelahiran masing-masing dan semoga semua ini dapat membantu anda untuk menghilangkan tekanan dan anggaplah ianya sebagai hiburan buat diri anda. Editor: Ira