Skip to main content

Reaksi Uqasha Senrose Ketika Ditanya Mengenai Perlawanan Liga Super 2018


Gelagat pelakon Uqasha Senrose di hadapan kamera mendapat perhatian netizen apabila ada yang menganggap ia sesuatu yang melucukan ketika ditanya seorang wartawan penyiaran tentang ramalan pemenang Liga Super 2018.

Uqasha memalingkan muka ke arah lain dan ketawa secara spontan ketika ditanya dan aksinya itu telah dirakam oleh pembantu peribadinya.

Uqasha memilih pasukan negeri kelahirannya, Kelantan sebagai bakal juara Liga Super tahun ini ketika temubualnya bersama wartawan dirakam semula.

Uqasha memuat naik rakaman video yang diambil oleh pembantu peribadinya melalui laman Instagram.

"Dia tanya kita pasal bola mana kita tahu. Bak kata Kak Ayu (Ayu Raudhah), tanya pasal filem bolehlah," tulisnya pada kapsyen rakaman video terbabit.

Segelintir netizen menganggap reaksi Uqasha itu comel kerana tersipu-sipu malu dan ada juga yang menasihatinya agar membuat persiapan sebelum datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

"Nak pergi stadium kena bersiap-sedia. Pengetahuan pasal bola kena tahu," tulis @adda_sephia.

"Jadi artis tak semestinya kena tahu dalam bidang filem sahaja. Perkara lain pun kena tahu," tambah @nurmilhawaputri.

Uqasha dan beberapa rakan baiknya hadir ke Stadium KLFA dengan menyarung jersi merah pasukan Kuala Lumpur FA.

Perlawanan Liga Super 2018 malam tadi menyaksikan Kuala Lumpur FA menumpaskan Johor Ta'zim 1-0 di Stadium KLFA. Sumber:Astro Gempak , Editor:Anna






Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...