Pesakit Tb Ditemui Mati Dengan Darah Berhamburan.


KUCHING: Satu kejadian menggemparkan telah berlaku apabila penduduk di sekitar kawasan Sungai Apong telah menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pagi tadi.

Mayat lelaki terbabit telah ditemui dalam keadaan yang mengerikan kerana dia telah ditemui di kawasan tandas yang berlumuran darah.

Menurut pihak polis, mayat lelaki tersebut telah ditemui sekitar jam 8.50 pagi dan hasil pemeriksaan lanjut daripada pihak paramedik telah mendapati bahawa mangsa sudah tidak bernyawa lagi.

“Kejadian berlaku di belakang sebuah tokong dan pemeriksaan lanjut terhadap mangsa kemudian mengenal pasti identitinya sebagai Sujono, 46 tahun dari Pontianak, Indonesia.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, tiada tanda-tanda jenayah dan kekerasan ditemui, sebaliknya mangsa didapati mempunyai sejarah penyakit tuberculosis atau tb."

Pihak polis telah mengklafikasikan kes ini sebagai mati mengejut.

Dalam pada masa yang sama, mayat mangsa juga telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak, untuk membolehkan pihak Konsulat Indonesia mengesan waris kepada mangsa. Sumber: Sarawak voice, Editor: Ira
         Image may contain: indoor

                   Image may contain: indoor