Skip to main content

Penceroboh Berjaya Diberkas Oleh Tuan Rumah



MANJOI – Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah telah berjaya diberkas sendiri oleh tuan rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan pada malam semalam kira-kira jam 9.15 malam.

Pemilik rumah menyedari rumahnya telah dimasuki penceroboh apabila mendapati tombol pintu rumahnya telah dirosakkan dan melihat komputer riba dan sepeket milo berada di tepi pintu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, mangsa sempat memaklumkan keadaan itu kepada kakak iparnya yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya sebelum bertindak memeriksa keadaan rumahnya dan menemui lelaki bertopeng tingkat satu rumahnya.

“Dalam kejadian itu, suspek berusia 21 tahun bertindak menangkap dan mengacu pisau kepada mangsa sebelum menutup muka serta mengarahkan mangsa meniarap di ruang tamu rumah.

“Bagaimanapun, mangsa terselamat selepas kakak iparnya memanggil nama mangsa berkali-kali di luar rumah menyebabkan suspek panik dan melarikan diri. Dengan bantuan jiran, suspek berjaya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pihak polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu segera bergegas ke lokasi dan melakukan tangkapan semula suspek.

“Sampai ditempat kejadian, suspek didapati telah dikerumum oleh orang awam dalam keadaan tangan dan kaki berikat. Tangkapan dilakukan untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai kesan kecederaan pada muka dan lebam di dahi akibat dipukul orang awam,” katanya.

Mohd Ali turut berkata, sebilah pisau potong sayur turut dirampas dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu samun dan Seksyen 397 kanun sama iaitu rompakan bersenjata.
Sumber:Sinar Harian , Editor:Anna

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...