Murid Berang,Tumbuk Guru Hingga Maut


INDONESIA- Seorang guru di Sekolah Menengah Torjun,Madura,Jawa Tengah telah di sah kan meninggal dunia selepas beberapa jam beliau di tumbuk oleh seorang pelajarnya semasa pembelajaran seni di jalan kan.

Laporan yang diterima dari media Indonesia menyatakan bahawa, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari. Mangsa yang dikenali sebagai cikgu Budi Cahyono dikatakan telah menconteng pipi pelajar lelaki terbabit, yang sedang tidur waktu pembelajaran. Guru tersebut telah mencalit sedikit pewarna di pipinya sebagai denda dia tidur di dalam kelas.

Pelajar tersebut dikatakan berang dengan tindakan guru tersebut menumbuk pipi guru nya. Maka terjadi lah pergaduhan di antara mereka dan dileraikan oleh pelajar yang lain.

Laporan Detik News menyatakan pergaduhan itu telah dileraikan oleh pelajar serta guru lain. Akhirnya pengetua sekolah telah mengarahkan supaya pelajar berkenaan balik ke rumah.

Pengetua Sekolah SMA Negeri I Torjun Sampang, Amat berkata, semasa guru itu melaporkan kejadian tersebut dia kelihatan sihat dan tiada sebarang kecederaan di wajah nya.

Tetapi pada keesokan hari nya keluarga guru berkenaan telah mengubungi pengetua dan mengatakan bahawa Budi telah di kejarkan ke Hospital Dr Seotomo di Surabaya.Menurut ahli keluarganya Budi tidak boleh tidur dan mengadu sakit di bahagian leher sebelum dia dipercayai pengsan.

Pemeriksaan awal mendapati guru tersebut mengalami kecederaan di dalaman pada bahagian lehernya dan menyebabkan otatnya tidak boleh berfungsi.Disebabkan itu lah guru tersebut meninggal dunia kira-kira pukul 7.40 malam.

Budi Wardiman, Ketua Polis Torjun, berkata,pihak nya masih lagi membuat siasatan lanjut mengenai kejadian itu.Editor:Ila