Luahan Hati Vokalis Kumpulan IAmNeeta Kepada Fathia Latiff


Pelakon dan model cantik Nur Fathia Binti Abdul Latiff atau lebih dikenali sebagai Fathia Lattif ini di lahirkan pada 1 September 1987.

Nama Fathia sememangnya selalu dikaitkan dengan kontroversi panas yang melibatkan dirinya.Belum reda lagi isu tentang Fathia didakwa memberikan komen mengenai perogol patut diberikan peluang kedua kini mucul lagi cerita panas yang melibatkan diri nya sekali lagi.

Baru-baru ini Fathia dikatakan telah menyanyikan semula lagu yang bertajuk "Sakit" hasil ciptaan daripada Patrick Anohada dan dinyayikan oleh kumpulan IAm Neeta ini.

Lagu Sakit yang telah dicoverkan semula ini mendapat pujian daripada orang ramai kerana kemerduan suara Fathia dan video klip yang sangat menyentuh hati.

Namun, kebanyakan pendengar menyangkakan bahawa lagu Sakit ini adalah milik Fathia bukan lagu asal daripada kumpul tersebut.

Ada kemungkinan kerana lagu yang dibawa dari versi perlahan ini membuatkan orang ramai menyangkakan lagu tersebut adalah miliknya.

Neet selaku vokalis kumpul IAmNeeta ini mengakui ada berasa terkilan dengan sesetengah pihak yang telah melebalkan lagu ini adalah lagu milik pelakon jelita tersebut.

"Bagaimanapun, pihal kami telah memberikan kebenaran kepada Fathia untuk membuat cover lagu tersebut"kata Neeta.

"Malah,saya sendiri tidak menyangkakan lagu Sakit ini mendapat sambutan hangat,Namun ini bukan masalah besar bagi kumpulan kami kerana dengan cara ini kumpulan kami akan lebih dikenali di luar sana,".

Video klip lagu Sakit yang telah di coverkan semula oleh Fathia Lattif ini telah dimuat naik ke dalam YouTube dan mendapat sebanyak 370,612 tontonan. Ternyata lagu yang di bawa dalam versi yang tersendiri ini dapat menarik perhatian orang ramai yang mana satu ketika dahulu pernah melabelkan beliau sebagai "pelakon sampah". Editor: Ila